Hari Ini Dah Minum Minyak Sawit Belum?

Sejak Tun Dr Mahathir berkias menyuruh rakyat Malaysia minum minyak sawit satu sudu setiap hari untuk menyokong usaha kerajaan menstabilkan harga komoditi tersebut, ianya terus menjadi modal untuk melawak termasuk di kalangan pemimpin.

Kita anggap sahaja perkara itu sebagai gurauan selain menjadi isyarat kepada kerajaan terutama menteri kabinet supaya menggunakan akal sebelum berkata-kata, jika tidak ianya akan menjadi buah mulut tambahan pula dalam dunia viral ketika ini, semuanya cepat tersebar.

Hari Ini Dah Minum Minyak Sawit Belum?

Orang ramai yang menghadiri Program Santai Bossku Bersama Tok Mat Dengan Masyarakat India di Bandar Ekar sempena PRK Rantau tertawa besar apabila mereka ditanya sama ada telah minum minyak kelapa sawit sebelum hadir ke program itu.

Dah Minum Minyak Sawit Belum?

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan secara berseloroh berkata, orang ramai sepatutnya minum minyak kelapa sawit sebelum ke program itu bagi membantu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menstabilkan harga komoditi tersebut.

“Saya nak tanya tuan-tuan satu perkara sebelum datang dah minum minyak kelapa sawit belum? Jangan (tak minum). Nanti ‘atuk’ marah. Mesti minum. Membantu kerajaan menstabilkan harga minyak kelapa sawit,” katanya menyindir kerajaan PH.

Berita Penuh

Sejak akhir-akhir ini, anggota kerajaan Pakatan Harapan sentiasa mengeluarkan kenyataan yang tidak mencerminkan keperibadian sebagai menteri dan wakil rakyat, belum ditambah dengan lagak samseng seorang Adun di Melaka yang beberapa kali membangkitkan kemarahan orang ramai kerana merendah-rendahkan orang lain.

Cukuplah. Rakyat sudah muak dengan lawak bodoh. Pakatan Harapan sudah diberi amanah membentuk kerajaan, PH jangan jadi kerajaan sepenggal selepas berusaha 60 tahun menumbangkan Barisan Nasional.

Ingat! pembangkang semakin bersatu dan meraih sokongan rakyat. Mungkin mereka minum minyak sawit mengikut sukatan yang betul?

Leave a Reply

error: Content is protected !!