Misi Mencari Acap Terkini Ditemani Pelesit, Suara Mengilai, Lembaga Hitam….
Misteri kehilangan Acap yang sudah memasuki hari ke-90 seperti tiada penghujung. Kekal misteri. Bagaimana nasib Acap sekarang? Hanya Allah yang tahu. Namun, masih ada usaha sukarelawan menjalankan misi mencari Acap terkini. Mereka patut diberi pujian kerana masih berusaha di kala pihak berkuasa sudah menghentikan operasi mencari Acap kerana tiada petunjuk.
Terkini misi merungkai misteri kehilangan Acap diteruskan oleh pengamal perubatan Islam yang dikenali di Facebook sebagai Tok Singa Page dan Ossasuke Hikaru bersama-sama sukarelawan lain yang sudi turun ke lokasi bagi merungkai misteri kehilangan Acap.

Menariknya, misi pencarian Acap kali ini disertai orang bukan melayu berbangsa cina yang turun bersama anaknya kerana mahu merasai sendiri pengalaman mencari orang hilang. Mungkin beliau sudah banyak membaca kisah Acap dan tertarik untuk bersama sukarelawan lain mencari petunjuk kehilangan Acap.
Misi Mencari Acap Terkini Ditemani Pelesit, Suara Mengilai, Lembaga Hitam….
Pemilik facebook Tok Singa Page dan Ossasuke Hikaru menceritakan pelbagai kejadian mistik dan di luar jangkaan berlaku sepanjang misi mencari Acap.
Kemunculan lembaga menakutkan, suara mengilai, kehadiran pelesit yang dipercayai sihir dan macam-macam lagi gangguan.
Tanpa membuang masa, jom kita baca dan dengar sendiri perkongsian Tok Singa Page dan Ossasuke Hikaru, apa yang berlaku sepanjang misi mencari Acap baru-baru ini.
Pengalaman Tok Singa Page Dan Ossasuke Hikaru Sepanjang Misi Mencari Acap Terkini
Mesti Baca: Boleh Ke Manusia Masuk Alam Bunian?
Mesti Baca: Status Orang Hilang. Bagaimana Mengesahkan Orang Itu Mati?
Apa pendapat anda? percaya atau karut? terpulang kepada penilaian masing-masing.
Bagi admin, kita tidak berada di tempat kejadian dan tidak merasai apa yang mereka rasai. Jika mereka tipu dan buat cerita, itu urusan mereka dengan Allah.
Kita hanya mampu berdoa supaya misteri kehilangan Acap dapat dirungkai dengan bantuan sukarelawan yang turun dengan duit poket sendiri tanpa menghiraukan penat lelah dan bahaya yang datang.
Senang sahaja, kalau rasa kita sudah cukup pandai, turun ke lokasi Acap hilang dan rasai sendiri pengalaman misi mencari Acap terkini jika ada sukarelawan yang buat lagi dalam masa terdekat.
Hentikan melalak!