Misteri Acap Hilang Bukan Misteri?
Selepas lebih 2 minggu rakyat Malaysia memberi tumpuan kes kehilangan Acap kerana kehilangan tersebut seolah-olah satu misteri tetapi adakah kita dapat menerima dengan waras misteri Acap hilang bukan satu misteri?
Mengapa begitu? Selepas melihat sebegitu ramai sukarelawan yang turun mencari tetapi buntu malah pihak berkuasa pun tiada jawapan bagaimana Acap hilang tanpa sebarang kesan, timbul persoalan adakah kehilangan Acap seperti kehilangan remaja dalam kes Villa Nabila?

Mungkin masih ramai yang ingat bagaimana gempar negara ketika kes Villa Nabila, remaja didakwa hilang disorok Jin ketika masuk ke Villa tersebut tetapi akhirnya terungkai hasil siasatan polis mendapati remaja terbabit tidur di rumah rakan kerana takut balik rumah lewat dan dimarahi ibu. Baca Kisah Villa Nabila
Mungkinkah misteri Acap hilang boleh kita andaikan begitu? bukan menidakkan kewujudan alam bunian dan jin tetapi ada beberapa perawat tradisional sendiri mendapat petunjuk Acap tiada di alam bunian.
Misteri Acap Hilang Bukan Misteri?
Selepas mengkaji beberapa perkongsian daripada netizen dan juga daripada perawat tradisional, admin dapat merasakan Acap tidak hilang tetapi menghilangkan diri.
Mengapa beliau menghilangkan diri tanpa jejak dan apakah motif Acap berbuat demikian, kita tunggu penjelasan pihak berkuasa dan lebih baik daripada mulut Acap sendiri.
Mesti Baca: Boleh Ke Manusia Masuk Alam Bunian?
Namun, Acap mesti kuat untuk menerima segala bentuk cacian dan makian kerana tindakan beliau telah menyusahkan orang awam dan pihak berkuasa.
Satu negara gempar dan bersimpati dengan keluarga Acap, berapa banyak air mata tumpah kerana mengenangkan nasib Acap yang disangka masuk ke alam bunian tetapi kalau begini kesudahannya, harap beliau bersedia memakai topeng dan penutup telinga nanti.
Kalau Hilang Bukan Sebab Bunian, Di Mana Acap Sekarang?
Jawapannya kita tunggu dalam masa terdekat daripada pihak polis. Selagi tidak ada jawapan daripada pihak polis, kes kehilangan Acap kekal menjadi tanda tanya kerana sebilangan besar rakyat Malaysia yang bersimpati masih mempercayai Acap disorok Bunian.
Percaya kepada benda ghaib adalah salah satu Rukun Iman. Kita tidak boleh menafikan ada kejadian manusia disorok Bunian tetapi dalam kes Acap ini ianya telah berbelah bahagi kerana ada percanggahan maklumat daripada mereka yang pakar dalam perkara mistik.
Mesti Baca: Bomba Cakap Acap Hilang Bukan Sebab Bunian Tetapi…
Sesetengah pakar rawatan tradisional mengatakan Acap tiada di alam Bunian dan sesetengah lagi mengatakan Acap telah berkahwin dengan Bunian dan tidak mahu kembali ke dunia kerana keseronokan di alam sana.
Jom admin kongsikan beberapa perkongsian daripada pakar-pakar yang cuba merungkai misteri Acap hilang . Mungkin benar atau mungkin tidak, bergantung kepada pemahaman masing-masing.
Ini hanya sebahagian perkongsian yang sempat admin petik untuk tatapan semua. Masing-masing memiliki kepakaran sendiri dengan ilmu yang mereka ada. Admin tidak kongsikan nama mereka untuk menjaga privasi kerana tidak semua orang suka diviralkan.
Anda boleh cari di Facebook ada banyak perkongsian daripada mereka yang mencari Acap dengan cara mereka sendiri. Hasil yang mereka dapat dan apa yang dikongsikan mungkin tidak sama dengan orang lain dan pendapat mereka mungkin berbeza daripada pendapat majoriti tetapi kita tidak boleh menafikan bulat-bulat pendapat mereka.
Apa yang penting semua sudah berusaha merungkai misteri Acap hilang. Kalau ada yang membuat kesimpulan yang boleh dianggap mengarut terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak.
Pada pendapat admin sendiri, selepas membaca dan mengkaji perkongsian orang ramai, hati ini berat mengatakan Acap tidak hilang seperti yang dihebohkan. Beliau bukan di alam Bunian. Cuma mengapa beliau menghilangkan diri biarkan dia sendiri yang jawab namun yang pastinya bersedialah menerima kecaman hebat tentera bawang.
Ingat! ini hanya pendapat peribadi admin sahaja. Kita berharap Acap pulang dengan selamat, kasihan kepada ibu, anak, isteri yang menanti. Cukuplah kita menyebarkan cerita bukan-bukan, mengarut, tahyul mahyul dan sebagainya.