Misteri Kehilangan Acap. Bunian Tak Mahu Lepaskan?

Misteri kehilangan Acap atau nama sebenarnya Mohamad Ashraf Hasan sudah memasuki dua minggu selepas kali terakhir dilihat ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak terus buntu.

Pihak berkuasa dan orang awam termasuk pengamal perubatan tradisional telah melakukan pelbagai usaha mencari tetapi masih gagal. Persoalannya sekarang, benarkah orang Bunian yang menyembunyikan dan tidak mahu melepaskan Acap?

Maklumat terkini yang diterima daripada usaha orang awam yang mencari ada mendengar suara Acap di lokasi pencarian tetapi tidak dinyatakan bagaimana mereka dapat mendengar suara tersebut.

Misteri Kehilangan Acap. Cari Sudah, Berbincang Sudah Tetapi Bunian Enggan Lepaskan?

Cerita manusia disorok orang Bunian bukan perkara baru. Ianya telah diceritakan zaman berzaman sama ada melalui pengalaman sendiri atau menyampaikan cerita.

Jika benar Acap disembunyikan orang Bunian, ianya memang sukar untuk mendapatkannya kembali kerana perkara tersebut melibatkan perkara ghaib. Hanya orang tertentu sahaja yang dapat berkomunikasi dan berbincang dengan orang Bunian supaya mengembalikan Acap ke alam nyata.

Mesti Baca: Boleh Ke Manusia Masuk Alam Bunian?

Misteri kehilangan Acap tambah menyedihkan selepas melihat video ibu Acap memanggil anaknya dalam hutan dan dalam kegelapan malam sebagai usaha mencari anaknya.. Netizen tidak dapat menahan air mata melihat video tersebut dan semua berdoa supaya orang Bunian mengembalikan Acap tidak kira bagaimana keadaannya sekalipun.

Kumpulan 30 Ustaz Turut Bantu Mencari Acap

Di antara usaha pencarian Acap turut disertai seramai 30 ustaz dan pakar dalam perubatan Islam telah dibawa masuk ke dalam hutan tersebut sebagai usaha membawa pulang Acap dengan selamat tetapi setakat ini masih gagal.

Mungkin ada yang kata ia mengarut tetapi bunian ini memang wujud dan ia juga makhluk ciptaan Allaah. Sebelum ini juga pernah ada kejadian dua minggu seorang lelaki hilang tanpa dikesan namun akhirnya dijumpai walaupun usaha mencari ditempat dia dijumpai dilakukan lebih awal lagi.

Mesti Baca: Dajal Ini Makhluk Apa?

Beberapa siri perbincangan dengan bunian juga telah dilakukan, namun sehingga kini nampaknya usaha itu gagal kerana orang Bunian enggan melepaskan Acap.

Apakah kesudahannya misteri kehilangan Acap? Difahamkan pihak berkuasa masih menutup jalan masuk ke lokasi kehilangan, mungkin bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kepada pencarian solo atau bimbang keadaan bertambah buruk di lokasi kejadian.

Jika usaha moden masih gagal, kita berdoa cara tradisional dapat membantu merungkaikan misteri kehilangan Acap.

Wahai orang Bunian, kembalikan Acap.



No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!