Bumi Bukan Sfera? Ini Jawapan Angkasawan Negara

Beberapa hari ini isu bumi bukan sfera menjadi perdebatan hangat dalam media sosial kerana cabaran yang dilontarkan oleh penyanyi nasyid, Suhaimi Saad atau Mosus terhadap angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor supaya bersumpah bumi ini sfera atau tidak.

Siapakah Mosus? Beliau adalah bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, kini bergerak sendiri sebagai penyanyi solo dan juga menerima undangan sebagai penceramah. Beliau juga suami kepada Ina Naim (bekas tunang Mawi).

Berbalik semula kepada cabaran yang dilontarkan Mosus terhadap angkasawan negara supaya bersumpah bumi ini sfera, adakah cabaran beliau dijawab oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor?

Bumi Bukan Sfera

Bumi Bukan Sfera? Ini Jawapan Angkasawan Negara

Selepas beberapa hari Mosus mencabar Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersumpah, akhirnya terjawab juga.

Sekarang terpulang kepada Mosus untuk menerima atau tidak jawapan tersebut, percaya atau tidak terpulang kepada beliau.

Bumi Bukan Sfera

Pic – Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas …
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar …
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri
Degupan jantung berhenti seketika
Meremang Bulu Roma
Mata tidak terkebil
Melihat Kebesaran Maha Pencipta
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas …
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana
MasyaAllah …SubhanAllah …
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator .
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart
Salam Jumaat Everyone …
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn …
Love As Always …
PS – Just wanted to straighten the facts!

Sumber

Itulah jawapan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor terhadap cabaran daripada Mosus.

Ianya jelas dan menjawab persoalan bumi bukan sfera. Kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bentuknya bukan seperti bola tetapi lebih kepada bentuk sebiji telur.

Kalau nak ikut Mosus ikutlah selagi tidak melanggar akidah, terpulang kepada penilaian masing-masing.

Sebab apa admin perhatikan, Mosus sekadar laparkan perhatian, sebagai artis suam kuku, mungkin ini caranya mendapat perhatian dan tawaran sebagai penyanyi atau penceramah bertambah selepas ini, siapa tahu?

Leave a Reply

error: Content is protected !!