MRT Fasa 2 Sungai Buloh-Kajang Mula Operasi, Tambang MRT, LRT, Monorel Diskaun 50%
Selain pembukaan secara rasmi laluan MRT Fasa 2 Sungai Buloh-Kajang, tambang MRT, LRT, Monorel diberi diskaun 50% sempena menyambut hari kemerdekaan.
MRT Fasa 2 Sungai Buloh-Kajang Beroperasi Secara Rasmi
Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Fasa Kedua Sungai Buloh-Kajang (SBK) melibatkan Semantan-Kajang yang mula beroperasi hari ini menandakan bermulanya era emas bandar raya ini.
Perasmian MRT laluan fasa kedua SBK itu dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 11 pagi ini di Stesen Stadium Kajang, Selangor.
Kira-kira 20,000 rakyat dijangka membanjiri pekan Kajang bagi menyaksikan majlis bersejarah itu.
Projek tersebut melengkapkan jaringan MRT selepas fasa pertama laluan Sungai Buloh-Semantan membabitkan 12 buah stesen beroperasi sejak 16 Disember lalu.
Ia juga menandakan era perkembangan sistem pengangkutan awam lebih efisien sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui perkhidmatan tren yang canggih dan menjimatkan masa serta kos sara hidup.
Mesti Baca: Mesin “Touch N Go” Jauh Punca Kesesakan Plaza Tol?
Penumpang MRT fasa kedua laluan SBK berpeluang merasai sendiri pengalaman menaiki perkhidmatan tersebut bermula pukul 4 petang ini.
MRT fasa kedua laluan SBK melibatkan perjalanan sejauh 30 kilometer (km) meliputi 19 buah stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah iaitu Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange (TRX), Cochrane dan Maluri. Majoriti stesen dibina di kawasan strategik yang tidak mempunyai perkhidmatan rel bandar – Sumber Kosmo! Online
Tambang MRT, LRT, Monorel Diskaun 50% Mulai 18 Julai Sehingga 31 Ogos 2017
Sementara itu, melalui Facebook rasmi Perdana Menteri mengumumkan tambang MRT, LRT dan Monorel diberi diskaun sebanyak 50% sempena menyambut hari kemerdekaan.
Diskaun tersebut bermula 18 Julai sehingga 31 Ogos 2017.
Pembukaan MRT Fasa 2 dijangka akan meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui perkhidmatan tren yang canggih, menjimatkan masa serta kos sara hidup.
Paling menarik sudah tentunya diskaun 50% perkhidmatan MRT, LRT dan Monorel sempena kemerdekaan nanti.
Terima kasih Perdana Menteri 🙂