Menu

Mufti Pulau Pinang Saran Tukar Nama Tidak Baik

Jabatan Mufti Pulau Pinang menyarankan orang Islam tukar nama tidak baik iaitu maksud nama yang boleh berlakunya kekeliruan dan fitnah kepada pemilik nama tersebut.

Contohnya, nama Damia membawa maksud tempat keluarnya darah, Syarrul Bariyyah bermaksud makhluk yang paling jahat, Zaniah iaitu penzina manakala Bahimah iaitu binatang.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berpendapat supaya ibu bapa yang mempunyai nama anak yang membawa makna tidak baik perlu ditukar tanpa paksaan.

Tukar Nama Tidak Baik

Pulau Pinang menerima sekurang-kurangnya empat hingga lima kes dalam tempoh setahun berhubung permohonan pertukaran nama dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Baca Juga: Donald Trump Presiden Amerika. Islam Bahaya?

“Kita tidak akan sokong mana-mana individu yang mahu menukar nama yang mempunyai makna yang baik tetapi sekiranya nama itu membawa maksud tidak baik, kita akan menyokong borang permohonan itu.

“Bagaimanapun, terpulang kepada ibu bapa terbabit sama ada mahu kekal atau tidak nama anak mereka. Kita hanya beri pandangan kerana tiada fatwa mengenainya,” kata Mufti Pulau Pinang tesebut.

Mufti Pulau Pinang Saran Tukar Nama Tidak Baik

Beliau turut mengesahkan penyebaran surat permohonan pertukaran nama Nur Damia Safiyya Mohd. Nizam ditukar kepada Putri Nur Safiyya dari jabatan berkenaan yang menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan WhatsApp.

“Pemilik nama itu telah memohon pertukaran nama kepada JPN dan pihak berkenaan kemudiannya merujuk kepada kita (Jabatan Mufti) untuk menyemak nama tersebut.

“Kita telah pun arahkan pegawai untuk semak maksud sebenar nama tersebut di dalam kamus dan didapati ia membawa erti tempat keluarnya darah,” kata Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Tambahnya, Jabatan Mufti negeri telah pun menyokong permohonan pindaan ejaan nama tersebut demi kebaikan semua pihak dan mengelakkan kekeliruan pada masa depan – Sumber Kosmo Online (13/11/2016)

Sebagai ibu bapa kita hendaklah memastikan nama yang hendak diisi dalam surat beranak membawa maksud yang baik. Rujuk dengan orang yang berpengetahuan atau rujuk buku nama-nama indah dalam Islam.

Trend zaman sekarang nak nama anak canggih, kebaratan dan sebagainya perlu dielakkan kerana nama-nama indah dalam Islam sangat banyak untuk dipilih.

Leave a Reply

error: Content is protected !!