Musim Tengkujuh: Lima Negeri Siap Sedia Hadapi Banjir
Musim tengkujuh dijangka berlarutan bermula Januari hingga Mac di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Lima negeri ini berkemungkinan berhadapan dengan banjir ekoran hujan lebat dan cuaca tidak menentu.
Baca Juga: Semak Paras Air Sungai Dan Status Banjir Terkini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan mempengerusikan persiapan untuk menghadapi banjir melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
“Apa yang kita ramalkan hujan dan paras air tidak menentu bukan bermula dari Disember seperti biasa sebaliknya bermula Januari sehingga Mac dan ia bukan sahaja melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang malah juga berlaku di Sabah dan Sarawak,” katanya – Sumber Kosmo Online
Baca Juga: Persediaan Menghadapi Banjir: Tunggu Dan Lihat?
Musim tengkujuh yang membawa hujan lebat dan cuaca tidak menentu dijangka berlaku di luar daripada kebiasaan yang lazimnya bermula pada Disember sehingga Februari dan berlarutan sehingga bulan Mac.
Musim tengkujuh memang lazimnya menyebabkan banjir cuma besar atau tidak je banjir yang datang tu.
Admin harap semua diminta bertenang dan jangan dengar khabar angin atau menyebarkan berita kurang tepat situasi banjir semasa.
Elakkan mem”viralkan” gambar-gambar kurang tepat dan berita tidak benar. Selidik dahulu sebelum sebarkan kepada umum.