Nama-Nama Neraka Dan Penghuninya

Selepas manusia dibangkitkan pada hari kiamat, bermulalah saat yang paling dinantikan dan juga hari yang paling ditakuti iaitu hala tuju mereka seterusnya sama ada ke syurga atau neraka. Ketika itu, tiada siapa yang dapat membantu walaupun ibu bapa anak dan isteri kerana masing-masing sedang sibuk menghitung nasib sendiri dengan bekalan amalan yang dibawa semasa hidup di dunia. Syurga atau neraka? Yang mana satu? Ada banyak nama-nama neraka. Sejauh mana kita tahu tentangnya? Admin kongsikan di sini untuk pengetahuan bersama, semoga ianya bermanfaat.

Nama-Nama Neraka Dan Penghuninya

Neraka adalah perkataan Melayu yang berasal dari istilah Bahasa Sanskrit “Naraka नरक”. Ia bermakna “tempat seksaan di mana roh disucikan melalui keadaan kesengsaraan”.

Menurut Al-Quran, neraka adalah tempat sengsara dan seksaan sementara dan mereka kemudiannya akan pergi ke syurga kecuali kepada orang kafir, munafik dan murtad sewaktu mereka hidup di Bumi.

Mesti Baca: Saiz Dan Dalam Neraka Menggerunkan!

Berikut adalah nama-nama neraka menurut Al Quran dan siapakah penghuninya.

1. Neraka Jahanam

Orang-orang munafik, orang kafir, orang derhaka, orang yang mengikuti ajaran syaitan, orang yang menghadap Tuhan dalam keadaan berdosa dan orang yang enggan mengeluarkan zakat.

2. Neraka Lazha

Orang yang berpaling daripada agama dan mengumpul kekayaan tanpa mengeluarkan zakat.

3. Neraka Hutomah

Orang yang suka mengumpat, mencela dan berprasangka buruk

4. Neraka Sa’ir

Orang yang memakan harta anak yatim secara zalim

5. Neraka Saqar

Orang yang semasa hidup tidak pernah solat, tidak pernah memberi makan kepada orang miskin, orang yang suka mebicarakan kebatilan dan orang yang mendustakan Hari Pembalasan

6. Neraka Jahim

Orang yang mendustakan ayat Allah SWT, penderhaka dan orang yang berusaha menentang ayat Allah SWT

7. Neraka Hawiyah

Orang yang lebih banyak dosanya berbanding kebaikan

Mesti Baca: Matahari Terbit Dari Barat. Bagaimana Keadaannya?

Setelah kita mengetahui nama-nama neraka dan siapa penghuninya, mungkin kita tertanya-tanya layakkah kita mendapat perlindungan daripada Allah? Jawapannya payung Allah itu hanya untuk tujuh golongan sahaja iaitu:

  • Pemimpin yang adil.
  • Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya.
  • Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan Masjid.
  • Dua orang yang saling mencintai kerana Allah , keduanya berkumpul & berpisah kerana Allah .
  • Seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan cantik & berkedudukan untuk berzina tetapi dia berkata, “Aku takut kepada Allah “.
  • Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
  • Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga bercucuran air matanya

Leave a Reply

error: Content is protected !!