No. Plat “Rimau” Sempena Sukan SEA 2017
Tahun ini negara kita akan menganjurkan Sukan SEA dan sempena Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur pada Ogos dan September ini, Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) akan melancarkan no. plat “Rimau” sebagai sebahagian daripada rancangan pemasaran dan promosi.
Tarikh pelancaran dan maklumat lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat. Untuk maklumat terkini, orang ramai boleh melayari www.kualalumpur2017.com.my
Selain itu, MASOC mengesahkan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menggunakan nombot plat tersebut.
Malaysia kali pertama menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan SEAP ialah pada 1965 dan sehingga edisi Singapura pada 2015, Malaysia telah menjadi hos sebanyak lima kali.
Kali terakhir Malaysia menganjurkan Sukan SEA ialah pada 2001 apabila muncul sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 111 pingat emas, diikuti Thailand (103) dan Indonesia (72) – Sumber Kosmo! Online
Sesiapa yang berminat tu bolehlah menempah no. plat “Rimau” apabila dilancarkan nanti ok.
Info lanjut boleh lihat diĀ www.kualalumpur2017.com.my