Orang Asli Bukan Warganegara Malaysia?

Orang asli bukan warganegara Malaysia? ini suatu pertanyaan yang agak janggal. Sehari dua ini suhu politik Malaysia agak panas dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands.

Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan akan menyediakan draf bagi memberikan Orang Asli kewarganegaraan penuh jika menang PRK Cameron Highlands.

Orang Asli Bukan Warganegara Malaysia?

Kenyataan tersebut bukan sahaja membingungkan orang asli di Malaysia malah seluruh rakyat. Apakah selama ini orang asli bukan warganegara Malaysia yang terkandung di dalam Perlembangaan?

Adakah kenyataan Lim Kit Siang tersebut bermaksud orang asli adalah separuh warganegara Malaysia?

Memang hairan sungguh. Admin sukar menerima kenyataan tersebut kerana orang asli adalah orang asal negara ini. Mereka bukan pendatang daripada Tanah Besar China atau India.

Orang Asli Bukan Warganegara Malaysia?

Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu menyediakan draf bagi memberikan Orang Asli kewarganegaraan penuh disifatkan amat pelik.

Pengerusi Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Batin Norya Abas berkata, kenyataan itu juga amat mengecewakan memandangkan masyarakat Orang Asli telah lama diiktiraf sebagai warganegara dalam Perlembagaan Malaysia.

Menurutnya, kenyataan itu juga memperlihatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu tidak memahami masyarakat Orang Asli.

“Apa masalahnya? Rasanya dia bermimpi sebab dari segi Perlembagaan sememangnya Orang Asli adalah warganegara bukan separuh warganegara.

Mesti Baca: Nama Pelik Orang Asli Viva Anak Lelaki Proton Saga

Orang Asli Bukan Warganegara Malaysia?

“Malah mengikut Perlembagaan Malaysia dalam senarai warganegara, Orang Asli berada pada kedudukan teratas diikuti oleh orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Seorang pemimpin masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Ruil di Tanah Rata, Bah Long Siang Bah Abu, 46, berkata, kenyataan Kit Siang itu mengarut dan tidak sepatutnya ditimbulkan.

Katanya, sebagai individu yang sudah lama terlibat dalam politik, Kit Siang sepatutnya tahu kedudukan Orang Asli dari segi Perlembagaan.

“Apakah Kit Siang fikir selama ini kami Orang Asli ini sebagai pendatang? Bagi saya ini bertujuan memancing undi sahaja, jadi kepada Orang Asli janganlah percaya apa yang dikatakan oleh Kit Siang,” katanya.

Hari ini tular kenyataan didakwa dikeluarkan Kit Siang dalam Facebooknya yang mengatakan jika PH menang di Cameron Highlands beliau akan meminta wakil Orang Asli dalam PH menyediakan draf bagi memberikan Orang Asli kewarganegaraan penuh – SUMBER

Lim Kit Siang pasti mempunyai jawapan mengapa beliau menimbulkan persoalan Orang Asli bukan Warganegara Malaysia?

Kita tunggu dan lihat bagaimana beliau akan “bersilat” untuk menjawab persoalan ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!