Pahang Lawan JDT 2019, Perlawanan Tumpuan Paling Ditunggu.
Pahang lawan JDT 2019 dalam aksi Liga Super Malaysia paling dinantikan kerana ianya menyaksikan pertembungan dua pasukan teratas liga dengan JDT menghuni tangga pertama hanya berkelebihan dua mata sahaja berbanding Pahang.
Menariknya, kedua-dua pasukan masih belum kalah selepas 10 perlawanan liga. Adakah kita akan menyaksikan kedua-dua pasukan kalah buat pertama kali dalam Liga Super Malaysia 2019 atau berakhir dengan keputusan seri?
Pahang Lawan JDT 2019 Menjanjikan Aksi Menarik!
Perlawanan pertama musim 2019 menyaksikan Pahang bermula sebagai tuan rumah pada hari Ahad (28/04/2019).
Lazimnya, perlawanan kedua-dua pasukan menjanjikan aksi sengit dan menarik sejak 2013. Malah, gelagat penyokong kedua-dua pasukan yang sering berbalah di media sosial kadang-kadang terbawa-bawa ke perlawanan sebenar.
Kita berharap penyokong kedua-dua pasukan menjaga adab terutama di dalam stadium. Jangan mencetuskan provokasi melampau yang boleh membawa kepada insiden pergaduhan. Begitu juga dengan pemain, jangan terlalu emosi, bermain dengan baik dan pamerkan semangat kesukanan yang tinggi.
Pahang tidak pasti sama ada dapat menurunkan penggempur utama, Dickson Nwakaeme yang cedera ketika bermain dalam saingan Piala FA 2019 dengan pasukan UKM baru-baru ini. Semoga beliau sempat pulih untuk perlawanan penting ini.
Selain itu, perancang utama pasukan iaitu pemain tengah, Nor Azam Azih pasti tidak dapat beraksi kerana mendapat kad merah ketika bertemu Perak dalam saingan Liga Super sebelum ini. Tempat beliau mungkin diambil alih Wan Shahrulnizam atau Kecik yang boleh beraksi di bahagian tengah dengan baik.
Bagi pasukan Johor pula, mereka kehilangan Natxo Insa, pemain tengah berpengaruh yang masih dibelenggu kecederaan namun seperti diketahui JDT memiliki koleksi pemain terbaik dalam pasukan yang boleh dikatakan semuanya adalah pemain kebangsaan. Pendek kata, mereka tidak memiliki masalah untuk menampung ketiadaan Natxo Insa.
Mesti Baca: Jadual Liga Super Dan Liga Perdana Malaysia 2019
Malah, pemain simpanan JDT boleh dikatakan hampir setaraf dengan pemain utama. Itu kelebihan mereka yang sentiasa membuat giliran pemain dalam perlawanan berbeza kerana JDT beraksi dalam banyak permainan termasuk Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Admin pun sudah tidak sabar lagi menyaksikan Pahang lawan JDT 2019 kerana ianya melibatkan pasukan kelahiran admin, Pahang. Sudah tentu admin menyokong pasukan Pahang tetapi yang paling penting kita mahu menyaksikan perlawanan menarik dan bersih daripada kedua-dua pasukan.
Jangan lupa saksikan perlawanan hebat di antara dua pasukan teratas Liga Super Malaysia 2019 yang boleh ditonton di iflix.
Siaran langsung Pahang lawan JDT juga ada di TV9 jam 9 malam.
Siapa jaguh sebenar pusingan pertama? Kita tunggu
Ahad (28/04/2019).