Pakatan Harapan Kerajaan Sepenggal?
Selepas PRU14, sebilangan besar rakyat menyambut dengan gembira kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang tidak diduga berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa selama 60 tahun. Namun, itu cerita 9 bulan lalu. Sekarang kerajaan PH yang dilihat akan memberi nafas baru kepada pemerintahan negara dicemuh setiap hari oleh rakyat, barisan menteri kabinet dipermainkan dan dimaki di media sosial, tidak ketinggalan perdana menteri, Tun Dr Mahathir turut mendapat tempiasnya. Adakah tidak mustahil jika Pakatan Harapan kerajaan sepenggal?
Rakyat pastinya tertanya-tanya apa sudah jadi dengan manifesto Pakatan Harapan sebelum memenangi PRU14 dahulu? Sebenarnya tidak kira siapa pun yang menjadi kerajaan bukan senang untuk menunaikan manifesto, berjanji bulan dan bintang memang boleh tetapi untuk melaksanakan belum tentu.
Mesti Baca: Cerita 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan
Pakatan Harapan pasti sedar betapa sukar menjadi kerajaan. Dahulu mereka disanjung tetapi kini dicemuh sebilangan besar rakyat. Barisan Nasional yang dilihat seperti akan mati pasca PRU14 dilihat kembali bangkit dengan kerjasama PAS meraih kembali sokongan rakyat.
PRU15 masih jauh, PH mesti segera menjalankan gerak kerja untuk menunaikan manifesto dan menarik kembali sokongan rakyat terutama orang Melayu yang dilihat paling kecewa dengan prestasi kerajaan PH.
PH sudah tentu tidak mahu diketawakan rakyat dengan momokan Pakatan Harapan kerajaan sepenggal. Bayangkan setelah berusaha selama 60 tahun untuk menjadi kerajaan tetapi hanya mampu bertahan sepenggal sahaja?
Pakatan Harapan Kerajaan Sepenggal?
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kecewa dengan tohmahan segelintir pihak yang melabelkan pemerintahan mereka sebagai kerajaan sepenggal walaupun telah berusaha keras memulihkan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, belum setahun kerajaan PH memerintah negara tidak wajar rakyat membuat perbandingan dengan pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang sudah 60 tahun berkuasa.
Beliau yang juga Presiden PH seterusnya mengajak semua pihak untuk bekerja bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kerajaan sekali gus menyokong segala usaha mengembalikan negara ke landasan sewajarnya.
PRU15 masih jauh. Terpulang kepada PH sama ada terus berusaha memenangi hati rakyat atau kembali menjadi pembangkang.
Berhenti menyalahkan pemerintahan terdahulu. Buat kerja itu yang rakyat mahukan. Buang mentaliti pembangkang. Anda “Government Of The Day”!
Tepis tanggapan Pakatan Harapan kerajaan sepenggal.