Jom Bisnes Air Balang. Modal Rendah, Untung Lumayan.
Bulan puasa dah dekat, nak buat bisnes apa? Kalau tak pernah bisnes bazar ramadhan baik buat bisnes yang mudah, kos rendah tapi untung lumayan. Contohnya, bisnes air balang.
Bukan bulan puasa saja boleh bisnes air balang ni. Hari-hari biasa pun boleh berniaga di pekan sehari, tepi jalan, pasar malam, depan sekolah dan sebagainya.
Tapi….. paling untung kalau bisnes air balang masa bulan ramadhan. Ada orang yang buat bisnes ni boleh dapat RM7 ribu sepanjang berniaga di bazar ramadhan dengan hanya jual tiga jenis air saja.
Gila punya untung, tiga jenis air balang, berniaga sebulan je?
Senang cakap bisnes air balang untung BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.
Pernah tengok tak orang beratur panjang semata-mata nak beli air di bazar ramadhan? itu sebab boleh dapat sampai tujuh ribu berniaga air.
Bukan susah mana pun…. janji air sedap dan harga berpatutan beratur orang beli nanti.
Jom Bisnes Air Balang. Modal Rendah, Untung Lumayan.
Peringkat awal, modal bisnes air balang dalam anggaran di bawah RM1,000 saja. Antara kos terlibat adalah membeli kanopi, meja dan balang air.
Manakala, kos untuk membuat air pula sekitar RM100 setiap hari. Ini bergantung kepada jenis air yang nak dijual.
Anggaran Modal Bisnes Air Balang
- Beli kanopi, meja, balang air = RM1000
- Modal buat air (jenis dan bilangan air) = RM100
Itu sahaja modal yang perlu dikeluarkan. Murah betul tak?
Contohnya, jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja.
Setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan.
Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00… Bermakna anda sudah memperolehi RM120…
Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.
Nampak tak berapa untung bisnes air balang ni?
Sempena bulan ramadhan tak lama lagi, kalau nak cuba berniaga di bazar ramadhan apa kata anda cuba bisnes air balang. Kalau bukan bulan ramadhan pun anda boleh teruskan bisnes jual air ni..
Peringatan…. memang berniaga nampak mudah, modal rendah, untung lumayan tapi jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan.
Mesti Baca: Bisnes AisKrim Mudah Dan Untung Lumayan
Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepas tu, mereka takkan beli lagi!
Sebab tu, kena ambil tahu dahulu panduan memulakan bisnes menjual air ini. Bukan main redah saja ya 🙂
Anda kena tanya diri sendiri beberapa soalan di bawah sebelum mulakan bisnes air balang:
- Macam mana nak tarik pelanggan?
- Macam mana nak buat air yang sedap?
- Macam mana nak jimatkan kos?
- Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
- Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
- Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!
Ok… jangan susah hati. Belum mula lagi dah terfikir macam-macam. Kalau terlampau banyak fikir terus terbantut nak bisnes nanti.
Lupakan soalan-soalan di atas…
Admin cadangkan baca Panduan Bisnes Air Balang yang ditulis oleh Mizan Sulaiman, seorang peniaga air balang berpengalaman sejak 2008.
Beliau yang admin sebut awal tadi buat untung sampai RM7 ribu masa berniaga air di bazar ramadhan. Ambil pengalaman beliau untuk bantu anda belajar buat bisnes air balang ni.Beliau bongkar habis apa rahsia bisnes air balang yang beliau tahu. Terdapat 7 bab dalam Panduan Bisnes Air Balang ini iaitu:
- Bab 1 – Cara Mohon Tapak Niaga
- Bab 2 – Tips Memilih Lokasi Bazar
- Bab 3 – Peralatan Serta Kelengkapan
- Bab 4 – Persediaan dan Pengurusan Masa Berniaga
- Bab 5 – Resepi 8 Jus Best Seller
- Bab 6 – Rahsia Sulit Jus Yang Laris
- Bab 7 – Case Study: Bagaimana Saya Jana RM7 Ribu Sebulan Dengan Bisnes Air
Ok… jika berminat dan serius nak mula berniaga buatlah yang modal kecil dahulu macam bisnes air balang ni.
Bulan puasa tak lama dah, inilah perniagaan yang sangat sesuai. Habis raya nanti teruskan berniaga air di tempat lain pula. Anda tak boleh jaga bagi keluarga atau rakan teruskan.
Rugi berhenti macam tu saja kalau air balang anda ramai peminat 🙂
Di mana nak dapatkan info dan maklumat lanjut Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Air Balang ini? Klik saja “banner” di bawah.