Menu

Panduan Kecemasan Di Lebuh Raya

Lebuh raya seolah-olah suatu tempat berpesta terutama sebelum dan selepas hari perayaan dengan aliran trafik yang sangat tinggi menjadikan lebuh raya sesak dengan kenderaan, tempoh perjalanan menjadi panjang daripada kebiasaan seterusnya meningkatkan risiko kenderaan rosak di lebuh raya akibat kepanasan enjin atau masalah lain. Penting untuk kita mengetahui apakah panduan kecemasan di lebuh raya kerana sedikit kesilapan boleh membahayakan nyawa kita dan orang lain.

Panduan Kecemasan Di Lebuh Raya

Sering kali kita lihat kenderaan tersadai di lebuh raya dalam kesesakan luar biasa seterusnya menjadikan trafik semakin perlahan tambahan pula kenderaan mati di tengah jalan, ianya memakan masa untuk kenderaan tersebut dialihkan ke tepi lebuh raya.

Mesti Baca: Temperature Kereta Naik? Apa Punca Dan Cara Mengatasi?

Jika anda mengalami situasi begini, JANGAN panik! Ikuti beberapa langkah dan panduan jika berlaku kerosakan kenderaan di lebuh raya. Bertenang dan minta bantuan orang ramai jika buntu untuk bertindak. Kita mesti pantas untuk mengelakkan lebuh raya menjadi semakin sesak.

Panduan Kecemasan Di Lebuh Raya

Infografik di bawah menyediakan panduan jika berlaku kenderaan rosak di lebuh raya yang disediakan oleh pihak PLUS.

panduan kecemasan di lebuh raya
Sumber Infografik: Bharian

Ikuti sahaja panduan kecemasan di lebuh raya yang diberikan oleh pihak PLUS. Jangan memandai-mandai buat keputusan yang akan memburukkan lagi keadaan di lebuh raya yang sesak dengan kenderaan.

Mesti Baca: Gear Auto Susah Masuk? Apa Punca?

Dalam keadaan trafik yang sesak, bertimbang rasa dan saling menghormati sangat penting kerana ketika itu semua orang mahu cepat sampai ke destinasi, kalau diikutkan hati yang panas, semua orang tengah panas tetapi gunakan kebijaksanaan masing-masing, elakkan provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan.

Selamat menempuh jalan yang sesak!

Leave a Reply

error: Content is protected !!