Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Gred 19, 29 Dan 41
Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Gred 19, 29 Dan 41. Banyak sungguh temuduga kerja kerajaan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sepanjang bulan Oktober sehingga November 2017 ini. Tidak kira apapun jawatan atau gred, jika tidak buat persiapan temuduga memang tipis harapan nak lulus temuduga.
Admin lihat di Laman Web SPA, sepanjang bulan Oktober dan November 2017 ini banyak temuduga bagi jawatan gred 19, 29 dan 41 di antaranya:
Pembantu Laut Gred A19, Pembantu Pustakawan Gred S19, Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi) Gred N19, Penolong Pegawai Penerangan Gred S29, Penolong Pegawai Sains Gred C29, Penolong Pegawai Sains Gred C29 (Fizik dan Teknologi Makmal) dan Jurutera Gred J41 (Awam).
Bagi calon temuduga kerja kerajaan tidak kira di bawah SPA, Agensi atau SPA Negeri, pesan admin buat persiapan, buat persiapan dan buat persiapan.
Itu paling penting kerana jika anda pergi temuduga TANPA persiapan yang secukupnya, hanya buang masa, tenaga dan duit sahaja pergi ke lokasi temuduga kerana peluang LULUS temuduga sangat tipis!
Panduan Temuduga Kerja Kerajaan
Jom Admin kongsikan serba sedikit panduan temuduga kerja kerajaan yang mungkin boleh membantu calon temuduga kerja dalam masa terdekat ini.
1. Buat kajian sebelum hadir temuduga. Kaji bakal majikan dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana iamya bakal memberikan kefahaman kepada anda.
Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.
2. Pemerhatian teliti. Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Pastikan baju digosok supaya nampak kemas dan menarik.
Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka. Anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda.
3. Bersedia. Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.
4. Tepati masa. Jangan datang lewat untuk temuduga kerja kerajaan atau swasta. Cuba untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga.
5. Tunjukan minat. Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan panel temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin dan jelas walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.
Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)
6. Dengar. Ini merupakan salah satu tips temuduga kerja yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.
7. Jawab soalan yang ditanya. Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti atau kurang jelas apa yang dimahukan penemuduga.
8. Beri contoh spesifik. Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh terbaik yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.
9. Tanya soalan. Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai. Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan kerana daripada situ majikan melihat anda seorang yang bersemangat tinggi untuk mendapat pekerjaan.
10. Tindakan susulan. Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda bagi menunjukkan betapa anda serius dan berminat menjadi sebahagian daripada mereka.
Bagi calon temuduga tidak kira di bawah SPA, Agensi atau SPA Negeri buatlah persiapan terbaik dan bukan ala kadar sahaja. Ini melibatkan masa hadapan!
Bagaimana ank dapat kerja kerajaan yang saingannya sangat kuat kalau pergi temuduga pun sekadar melepas batuk di tangga?
Anda Calon Temuduga Kerja Kerajaan Gred 19, 29 Dan 41? Atau…. Calon Temuduga Kerja Swasta? Atau…. Pada Bila-Bila Masa Sahaja? Ini Rujukan KHUSUS Untuk Anda:
- Jika anda calon temuduga kerja kerajaan >> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
- Jika anda calon temuduga kerja swasta >> Rahsia Bijak Temuduga
- Tidak tahu menulis resume kerja berkualiti? >> Rahsia Resume Kerja