Patin Masak Tempoyak Popularkan Temerloh

Temerloh popular sebab masakan ikan patin masak tempoyak je? Berdasarkan pengalaman admin sendiri sebagai anak jati Temerloh juga tak dapat nafikan betapa masakan ini lebih popular daripada tagline “Temerloh Titik Tengah Semenanjung”.  Mengapa admin cakap patin masak tempoyak popularkan Temerloh? Ingat lagi masa belajar di Universiti Putra Malaysia dulu jika ditanya asal mana dan bila dijawab Temerloh..

“Oooo… Temerloh.. patin masak tempoyak.. sedap tu..”

Eh.. punya banyak tempat menarik di Temerloh tambah pula ianya daerah yang diiktiraf Titik Tengah Semenanjung benda ini juga orang ingat. Akhirnya tagline “Temerloh Bandar Ikan Patin” lebih popular dan terbayang-bayang keenakan gulai ikan patin masak tempoyak yang dimakan dengan nasi panas dan ulaman. Terliur pula 🙂

Patin Masak Tempoyak Popularkan Temerloh

Sedap sangat ke sampai patin masak tempoyak popularkan Temerloh begitu sekali?

Pada admin mungkin cerita yang tersebar daripada mulut ke mulut menjadikan masakan ini begitu popular kepada orang luar. Mungkin di tempat lain sama saja rasanya sebab admin tak pernah rasa buatan negeri lain.

Tapi…. berdasarkan tinjauan di internet dan maklumbalas daripada orang ramai katanyalah patin masak tempoyak Temerloh terbaik di Malaysia. Biarlah terbaik ke apa ke kita tak payahlah gaduh-gaduh bab makan ni. Pada admin asalkan sedap semuanya terbaik betul tak?

Kedai Makan Patin Masak Tempoyak Temerloh Pilihan Blog Carian Semasa

Bila nak cerita bab kedai makan terbaik yang menghidangkan masakan ini di Temerloh agak risau juga takut syok sendiri. Bagi admin asalkan sedap makan sampai licin sedaplah tu.

Ringkasnya, admin cuma sebutkan contoh-contoh kedai makan yang admin pernah rasa masakannya. Terbaik ke apa ke datang makan dan nilai sendiri ok. Ini cuma contoh saja jika ada tak disebutkan tak perlu berkecil hati cuma tak larat nak taip je 🙂

Gerai Makan Pak Usop

Patin Masak Tempoyak Popularkan Temerloh

Go Bang Maju Patin Tempoyak

Patin Masak Tempoyak Popularkan Temerloh

Selera Patin Bangau

Image result for kedai makan selera patin bangau

Restoran Claypot Patin Tempoyak
Patin Masak Tempoyak Popularkan Temerloh

Sebenarnya banyak lagi kedai makan yang menghidangkan masakan ni seperti Patin Koi, Siwok Cafe dan beberapa kedai lagi yang admin tak dapat nyatakan semua.

Ringkasnya kalau nak rasa keenakan gulai patin tempoyak “ori punyo”…

Dan….

Anda nak tahu mengapa patin masak tempoyak popularkan Temerloh datang sini kita boleh pergi makan sama-sama dan anda belanja ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!