Pekerja Jepun Cepat Mati Kerja Berlebihan
Kajian terbaru tentang budaya kerja di Jepun menunjukkan lima pekerja Jepun cepat mati kerana masalah kesihatan akibat daripada kerja berlebihan. Hasil kajian menyimpulkan punca pekerja Jepun cepat mati kerana serangan jantung, angin ahmar dan bunuh diri.
Budaya kerja rakyat Jepun yang melambangkan budaya kerja negara maju dan menjadi contoh kepada rakyat negara membangun dilihat memberi kesan buruk akibat kerja berlebihan yang melampau dengan menghabiskan masa berjam-jam di pejabat.
Menurut kajian, sebanyak 22.7 peratus syarikat Disember 2015 sehingga Januari 2016 memaklumkan pekerja mereka menghabiskan sekurang-kurangnya 80 jam kerja lebih masa sebulan dan berhadapan masalah kesihatan serius akibat kerja berlebihan.
Sebagai perbandingan kira-kira 21.3 peratus pekerja Jepun bekerja selama 49 jam atau lebih setiap minggu berbanding 16.4 peratus pekerja Amerika, Britain (12.5 peratus) dan Perancis (10.4 peratus).
Hasil kajian merumuskan pekerja Jepun cepat mati kerana tekanan perasaan akibat kerja lebih masa yang melampau dan mencadangkan syarikat di Jepun mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik. Sumber
Kajian budaya kerja di Jepun jelas menunjukkan kepada kita bahawa bebanan kerja, kerja lebih masa dan tuntutan hidup dalam suasana ekonomi yang mencabar ini membawa kesan buruk kepada kesihatan.
Akibat kerja lebih masa yang melampau membawa masalah kesihatan serius seperti serangan jantung, angin ahmar dan lebih buruk menjurus kepada bunuh diri. Bayangkan risiko lima pekerja Jepun cepat mati akibat tekanan kerja berlebihan ini.
“Work Smart Not Work Hard”. Itulah budaya kerja yang sepatutnya diterapkan dalam pekerjaan kita. Walau banyak mana kita melakukan kerja sehari kita perlu ingat kerja tak akan habis! ianya akan berulang dan sampai kita pencen. Jadi lakukan kerja dengan sistematik dan tak bertangguh.
Pekerja Jepun cepat mati akibat kerja berlebihan patut menjadi contoh dan peringatan kepada kita tentang bahaya tekanan kerja melampau. Apa yang baik tentang budaya kerja rakyat Jepun boleh diambil untuk panduan jika membahayakan diri tinggalkan. Sayangi diri dan orang yang menyayangi anda 🙂