[Awas] 3 Sektor Pekerjaan Paling Tinggi Risiko Dibuang Kerja

3 Sektor Pekerjaan Paling Tinggi Risiko Dibuang Kerja. Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, kos sara hidup semakin tinggi dan pelbagai isu lain yang menghimpit kehidupan, situasi paling ditakuti oleh semua adalah DIBUANG KERJA.

Bayangkan keadaan jika kita dibuang kerja..

Jika masih bujang, situasi tersebut tentu tidak terlalu membebankan tetapi bayangkan bagi yang sudah berkeluarga yang memiliki hutang peribadi dan tanggungan yang banyak, dibuang kerja ibarat hukuman gantung sampai mati!

Mesti Baca: Puas Cari Kerja… Hanya Sia-Sia Dan Penat Saja Dapat!

Ingat senang ke nak dapat kerja baru dalam situasi sekarang ini. Graduan menganggur sahaja dianggarkan kira-kira 200 ribu orang. Jadi, faham-faham sahaja keadaan ketika ini jika pekerja sedia ada pula dibuang kerja.

Dalam suasana suram ekonomi ketika ini, terdapat 3 sektor yang berisiko tinggi mengurangkan pekerja iaitu:

  • Pembuatan
  • Peruncitan
  • Kewangan

Ini yang tak sedap dengar betul tak? Jom kita baca….

 

3 Sektor Pekerjaan Paling Tinggi Risiko Dibuang Kerja

FENOMENA pembuangan kerja kini tidak boleh lagi dikaitkan dengan kemerosotan ekonomi semata-mata kerana perkara itu turut didorong oleh pelaksanaan sistem automasi di tempat kerja.

Ini kerana pelaksanaan sistem automasi yang lebih menjimatkan kos memaksa syarikat menukar strategi perniagaan masing-masing hingga menyaksikan lebih ramai pekerja terpaksa dibuang.

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan sebelum ini memberi amaran tiga sektor paling berisiko tinggi berdepan pembuangan ialah sektor pembuatan, peruncitan dan kewangan susulan pelaksanaan sistem automasi.

Malah katanya, lebih ramai pekerja mungkin dibuang tahun ini di Malaysia.

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

dibuang kerja

Pada 2016, 40,000 pekerja diberhentikan sementara lebih 17,000 lagi dibuang sehingga Jun tahun ini.

Pada 2015, 44,000 pekerja diberhentikan dan 18,000 daripadanya adalah daripada sektor perbankan, susulan langkah industri kewangan yang melaksanakan sistem perbankan dalam talian.

Dalam pada itu, kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan antara tahun 2015 dan 2020, lebih 5 juta pekerjaan akan digantikan dengan mesin.

Sementara laporan The Future of Employment oleh Universiti Oxford pada 2013 meletakkan pegawai telepemasaran, pegawai kredit dan juruwang sebagai pekerjaan paling berisiko untuk digantikan dengan mesin.

Manakala pekerja sosial, pakar terapi pemulihan serta pakar diet dan nutrisi adalah pekerjaan yang paling selamat.

Selain itu, Pengasas Syarikat Perunding DDG, Justin Tobin mencadangkan para pekerja mula mempelbagaikan kemahiran bagi menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar – Sumber

Bagi yang terlibat dengan 3 sektor tersebut, jangan terlalu tertekan dengan berita ini.

Buat sahaja kerja macam biasa.

Dalam masa yang sama, cuba belajar buat sesuatu yang boleh memberi pendapatan sampingan. Manalah tahu jika kita dibuang kerja, sekurang-kurangnya kita ada pelan menyelamat. Sebagai contoh buat Affiliate.

Leave a Reply

error: Content is protected !!