Menu

Peminjam PTPTN Wajib Tahu! Berapa Potongan Gaji Mengikut Peratusan?

Peminjam PTPTN Wajib Tahu! Berapa Potongan Gaji Mengikut Peratusan? Bermula Januari 2019, peminjam PTPTN tidak dapat lari lagi daripada membayar pinjaman kerana PTPTN akan bekerjasama dengan agensi berkaitan antaranya LHDN, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Jabatan Imigresen untuk mendapat maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam.

Berdasarkan maklumat diperoleh itu, PTPTN akan mengeluarkan arahan potongan gaji mengikut peratus potongan kepada majikan.

Peminjam PTPTN Wajib Tahu! Berapa Potongan Gaji Mengikut Peratusan?

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Majikan yang membantu pekerja membayar pinjaman PTPTN secara PGB akan diberi pelepasan cukai bagi jumlah yang dibayar.

Kelayakan menikmati pelepasan itu merangkumi apa-apa bayaran balik sama ada dibayar secara ansuran setiap bulan atau bayaran sekali gus.

Syaratnya, majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja selepas pembayaran dibuat.

Anda Peminjam PTPTN? Berapa Potongan Gaji Mengikut Peratusan?

Untuk makluman, peminjam dikehendaki membayar secara ansuran bulanan melalui potongan gaji bermula Januari 2019 sebaik sahaja gaji mereka melebihi RM2,000 sebulan.

PTPTN telah menetapkan kadar Potongan Gaji Berjadual (PGB) yang mana gaji peminjam yang terlibat dipotong mengikut peratusan yang ditentukan berdasarkan pendapatan bulanan mereka.

Ianya bermula serendah 2 peratus dan meningkat sehingga 15 peratus bergantung kepada gaji bulanan peminjam PTPTN.

Mesti Baca: Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Menarik Minat Majikan

Berita baik bagi pelajar daripada golongan isi rumah B40 dan M40 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman.

Namun, syaratnya mereka mengikuti pengajian sepenuh masa, menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan dan daripada keluarga B40 dan M40 ketika tamat pengajian.

Kerajaan turut bersetuju melupuskan baki hutang peminjam PTPTN warga emas jika berpendapatan RM2,00 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga tahun sebelum mencecah umur 60 tahun.

PTPTN juga masih mengkaji desakan supaya yuran pentadbiran PTPTN antara satu hingga tiga peratus dimansuhkan.

Peminjam PTPTN Wajib Tahu! Berapa Potongan Gaji Mengikut Peratusan?

SumberĀ 

Leave a Reply

error: Content is protected !!