Pendaftaran Tahun Satu 2020 Dibuka

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang akan masuk ke Tahun Satu pada tahun 2020, sila ambil perhatian kerana sesi pendaftaran Tahun Satu 2020 telah dibuka mulai 01 Mac 2019.

Jangan terlepas pandang, bertindak sepantas mungkin jika mahu anak mendapat tempat di sekolah yang diharapkan. Pendaftaran murid tahun satu ini juga dibuka bagi sesi persekolahan 2021.

Pendaftaran Tahun Satu 2020 Dibuka. Bertindak Segera.

pendaftaran Tahun Satu 2020/2021

Mesti Baca: Ibu Bapa! Ada 7 Kesan Buruk Anak Main Gadjet

Sistem Pendaftaran Tahun 1 secara atas talian (ONLINE) telah di BUKA mulai 01 Mac 2019. Berikut adalah tarikh dan info penting berkenaan pendaftaran Tahun Satu 2020:

*Tarikh Pendaftaran di buka : 01/03/2019
*Tarikh tutup pendaftaran : 30/04/2019
*Tarikh pendaftaran lewat buka : 01/05/2019
*Tarikh pendaftaran lewat ditutup : 15/12/2019
*Tarikh Rayuan Dibuka : 01/08/2019
*Tarikh Rayuan Ditutup : 31/08/2019
*Tarikh Mula Pengesahan Penempatan : 01/08/2019
*Tarikh Tamat Pengesahan Penempatan : 30/09/2019
*Tarikh Surat penempatan : 01/08/2019
*Tarikh Surat Rayuan : 01/10/2019
*Selepas selesai mengisi, pastikan ibu bapa mencetak borang dan bawa dokumen seperti yang dinyatakan di dalam sistem ke sekolah untuk membuat pengesahan dlm tempoh 14 hari.
*Bagi ibu bapa/penjaga yang tidak mahir /tiada komputer/ buta huruf-boleh ke sekolah untuk dibantu
*Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem.
*Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan 
* Bagi yang daftar lewat kelahiran dan pendaftaran secara online tidak dapat dilakukan, minta ibu bapa daftar secara manual di PPD selepas 15 Disember 2019 dengan mengisi borang ASBS
* Bagi permohonan tahun 1/2020 untuk murid tanpa dokumen, mohon mendaftar di PPD melalui borang MWTD selepas 15 Disember 2019.

Info lanjut terus ke Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ibu bapa terlibat sila bertindak segera. Jangan terlepas tarikh-tarikh penting pendaftaran Tahun Satu 2020/2021.

Penempatan murid di sekolah yang dimahukan ibu bapa bergantung kepada jumlah murid yang berdaftar di sekolah tersebut. Kepada ibu bapa, sila bertindak awal kalau tidak mahu dapat sekolah yang jauh dari rumah atau tempat kerja anda.

Leave a Reply

error: Content is protected !!