Peneroka Felda Pemalas, Tahu Buat Anak Macam Kucing Sahaja?

Agak kejam kenyataan ini! Sungguh biadap kenyataan chef selebriti, Chef Wan kononnya peneroka Felda pemalas dan tahu beranak sahaja macam kucing?

Anak Felda! Di manakah maruah anda apabila orang lain melabelkan orang tua anda pemalas dan tahu beranak sahaja?

Peneroka Felda Pemalas, Tahu Beranak Macam Kucing Sahaja?

KUALA LUMPUR 8 Julai – Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyifatkan golongan peneroka Felda bukan sahaja malas bekerja untuk memajukan tanah Felda, sebaliknya hanya berharap sepenuhnya kepada bantuan yang diberikan kerajaan.

Sambil menyamakan golongan berkenaan seperti kucing, Chef Wan berkata, golongan itu juga enggan untuk membantu diri-sendiri ke arah yang lebih baik.

“Di sini orang-orang Felda kita walaupun tidak semua sibuk di kedai kopi menyalahkan kerajaan menunggu bantuan. Esok dapat bantuan lain pula ceritanya.

“Ada subsidi baja pun di jual. Dapat duit lebih gatal boleh kahwin dua, tiga bini lagi dan beranak-pinak macam kucing! Ini cerita betul yang pernah berlaku dalam kebanyakan warga Felda. Sikap buruk mereka hari ini ada yang sampai turun ke anak cucu,” katanya menerusi status dalam akauan Instagram miliknya di sini hari ini.

Semalam, Chef Wan yang merupakan generasi kedua Felda berjaya membawa nama negara ke seluruh pelusuk dunia menerusi masakan dipilih sebagai Tokoh Ikon Felda pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar. Rompin, Pahang.

Sumber

Peneroka Felda walaupun bukan semua pasti mendidih dengan kenyataan Chef Wan yang juga berasal daripada Felda.

Sedap sungguh label peneroka Felda pemalas, kita tengok apa akan jadi kepada tukang masak bongkak ini nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!