Boleh Tak Pengawal Keselamatan Pegang Atau Simpan Kad Pengenalan Anda?

Siapa yang berhak pegang atau simpan kad pengenalan anda? Persoalan ini selalu menjadi perdebatan kerana bolehkah seseorang pegawai atau mana-mana pihak memegang kad pengenalan kita? Sebagai contoh, pengawal keselamatan pegang atau simpan kad pengenalan anda? SALAH atau TIDAK?

Keadaan seperti ini sering berlaku jika berkunjung ke tempat-tempat eksklusif contohnya kawasan perumahan elit, pengawal keselamatan meminta anda meletakkan kad pengenalan di pos pengawal jika mahu masuk ke dalam kawasan tersebut.

Mesti Baca: Lebih Sejuta MyKad Hilang Dalam Tiga Tahun

Tanpa banyak soal, kita memberikan kepada pengawal keselamatan tersebut tetapi bolehkah pengawal keselamatan memegang kad pengenalan orang lain?

Kad pengenalan adalah dokumen peribadi yang sangat penting. Zaman sekarang banyak kes yang melibatkan penyalahgunaan kad pengenalan orang lain untuk kepentingan sendiri seperti memohon kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya.

Jika kehilangan kad pengenalan segera laporkan kepada pihak berkuasa kerana bimbang terjatuh ke tangan yang yang tidak bertanggungjawab.

Siapa Yang Berhak Pegang Atau Simpan Kad Pengenalan Anda?

Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 menyatakan;

Memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa.

Berikut adalah senarai pegawai-pegawai yang diberi kuasa memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain:

  • Pegawai polis
  • Pegawai pendaftaran
  • Pegawai kastam
  • Mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah
  • Anggota tentera yang bertugas menjaga dan mengawas

Boleh Tak Pengawal Keselamatan Pegang Atau Simpan Kad Pengenalan Anda?

Pengawal keselamatan TIDAK DIBENARKAN menyimpan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan dokumen pengenalan diri orang lain.

Adalah menjadi SATU KESALAHAN pengawal keselamatan menyimpan atau memegang dokumen pengenalan diri pelawat.

Kesalahan memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain;

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Kesimpulannya, anda sudah tahu siapa yang berhak memegang atau menyimpan kad pengenalan anda. Buat pertimbangan sebelum menyerahkan kad pengenalan anda, jangan jadi mangsa tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

Pengawal Keselamatan Pegang Atau Simpan Kad Pengenalan

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!