Peperiksaan Separa Perubatan: Rujukan Dan Contoh Soalan
Peperiksaan Separa Perubatan adalah di antara peperiksaan terbesar dalam Kalendar Peperiksaan SPA yang mana calon yang dipanggil menduduki Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan biasanya mencecah puluhan ribu calon yang layak.
Jika anda ada memohon memasuki Latihan Separa Perubatan, semakan exam separa perubatan boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
UPDATE: Semakan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma pada 10 Mei 2019 bagi calon Semenanjung/Sabah/Sarawak KLIK SINI
Apakah Latihan Separa Perubatan?
Latihan Separa Perubatan merupakan program yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada lulusan SPM yang berusia 17 hingga 25 tahun. Terdapat 13 latihan bagi program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil.
Tempoh Latihan Separa Perubatan adalah selama 3 tahun bagi peringkat diploma dan 2 tahun bagi peringkat sijil. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan menerima elaun bulanan serta beberapa kemudahan lain. Selepas tamat tempoh latihan, pelatih akan menjalani seisi ujian bagi kemasukan ke sektor awam di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengambilan calon Latihan Separa Perubatan dibuat 2 kali setahun iaitu sesi Januari dan Julai. Warganegara Malaysia yang berminat menyertai latihan ini boleh mengisi permohonan di portal SPA secara online.
Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil
- Latihan Jururawat
- Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
- Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Latihan Jururawat Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
- Latihan Jururawat Masyarakat
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Bagaimanakah Calon Dipanggil Menduduki Peperiksaan Latihan Separa Perubatan?
Calon yang telah mengisi permohonan di SPA untuk jawatan dalam bidang Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma dan sijil akan mendapat panggilan menduduki Exam Online Latihan Separa Perubatan melalui TIGA cara iaitu:
- Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
- Email yang anda masukkan semasa pendaftaran di laman SPA
- Laman Rasmi SPA (sentiasa semak portal rasmi SPA)
Tiada pusat peperiksaan disediakan bagi urusan peperiksaan online. Calon yang dipanggil menduduki Exam Separa Perubatan boleh mendudukinya di mana-mana lokasi asalkan ada kemudahan internet.
Format Peperiksaan Latihan Separa Perubatan
Lazimnya, peperiksaan separa tidak banyak bezanya dengan peperiksaan online SPA yang lain. Format Exam Online Latihan Separa Perubatan kebiasaannya mengandungi DUA seksyen iaitu:
- Seksyen A: Pengetahuan Am
- Seksyen B: Ujian Psikometrik
Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan
Berikut di antara contoh soalan peperiksaan online latihan separa perubatan yang boleh dijadikan panduan tentang bentuk soalan yang bakal dihadapi calon peperiksaan separa perubatan.
Rujukan Peperiksaan Separa Perubatan ini akan membantu anda membuat persiapan lengkap dan terperinci sebelum menduduki peperiksaan nanti. Di antara isi kandungan ebook ini:
1. 20 Nota Ringkas
Nota ini akan menjimatkan 15 jam masa anda mencari dan menyaring maklumat yang penting untuk peperiksaan ini. Bahagian mana yang anda perlu fokus!
2. Penerangan Format
Faktor utama kegagalan calon adalah kerana calon tak tahu format. Bila tiba peperiksaan terus terkejut dengan soalan. Kini, anda lebih faham format peperiksaan!
3. 200++ Contoh Soalan
Ini bukan soalan ramalan atau soalan sebenar. Ianya adalah contoh soalan untuk berikan anda gambaran bagaimana soalan dibentuk dan disoal.
4. Pecahan Seksyen
Penilaian setiap seksyen sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi. Ada pecahan dalam seksyen penilaian dan anda yang tahu bakal mendapat manfaat lebih dalam melakukan persediaan sebelum peperiksaan!
5. Maklumat Jawatan
Anda kena faham dan tahu mengenai jawatan dalam Latihan Separa Perubatan ini. Apa tugasan dan apa yang bakal anda lalui selepas berjaya menjawat jawatan ini. Maklumat ini anda perlukan untuk sesi temuduga anda nanti. Jangan ke temuduga jika tak ada maklumat ini!
6. Dan Banyak Lagi……
Rujukan ini dalam bentuk Ebook dan bukan buku. Tiada komponen yang akan dipos ke rumah anda. Anda akan mendapat Link Download ebook melalui EMAIL.
Bagaimakah Cara Menempah Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan Bertaraf Diploma Ini?
Mudah sahaja! Masukkan EMAIL dan NAMA anda sekarang untuk mendapatkan LINK KHAS TEMPAHAN ebook Rujukan Exam Latihan Separa Perubatan ini.
++ Join Telegram Kami: Rujukan Exam Separa Perubatan
++ Jangan lupa “Like” Facebook Nota Dan Rujukan Peperiksaan Kerja Kerajaan
Percayalah.. calon yang TIADA rujukan akan terkial-kial semasa melihat soalan yang keluar semasa menduduki peperiksaan latihan separa perubatan nanti.
Pengalaman Tim Infokerjaya sejak 2009 membantu ribuan calon peperiksaan dan temuduga kerajaan LULUS boleh anda sandarkan untuk membantu persediaan peperiksaan nanti 🙂
kenapa tidak menerima email?
Semak Inbox, Promotion atau Spam Box jika tidak menerima email daripada kami. Rujukan Exam Separa Perubatan tutup sementara waktu untuk update nota dan contoh soalan.
Tempahan ebook akan dibuka semula pada 01 Mac 2017.
Daftar dalam Senarai Menunggu di SINI
Nanti anda akan dapat email untuk makluman tempahan dibuka semula 🙂
Hello, ada buku exam latihan separa perubatan bagi edisi terkini?
edisi terkini akan dibuka sebaik sahaja spa umum tarikh exam sebab pihak kami perlu tahu format dan seksyen yang kena jawab dahulu untuk merangka nota terkini. tunggu pengumuman rasmi tarikh exam dahulu
MACAM MANA KALAU SAYA TERLEPAS PEPERIKSAAN ADAKAH NAMA SAYA AKAN DI BLACKLIST TERUS ?
TIDAK BLACKLIST jika tidak ambil exam
nama tidak blacklist kalau tak ambil exam