Menu

Perlawanan Tumpuan MSL 2019. Pahang, JDT Tewas Kali Pertama?

Perlawanan tumpuan MSL 2019 sudah pasti terarah kepada pertembungan dua gergasi bola sepak tanah air, JDT dan Pahang buat pertama kali musim ini pada 28 April di Stadium Darul Makmur.

Selepas mengharungi 10 perlawanan liga, JDT dan Pahang masih belum tewas seterusnya meletakkan JDT di tangga pertama dan Pahang mengekori rapat di tangga kedua dengan perbezaan dua mata.

Tidak syak lagi Pahang muncul pencabar terkuat JDT dalam merebut juara Liga Super Malaysia 2019. Jika kedua-dua pasukan konsisten, pertembungan ini akan berlanjutan sehingga tamat musim ini kerana pasukan di tangga ketiga, Selangor agak jauh ketinggalan mata berbanding dua pasukan teratas.

Konsisten Kunci Kejayaan JDT Dominasi Liga Super

Kenyataan ini memang sukar dinafikan kerana JDT terus konsisten dalam liga dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Memang sukar menggugat JDT yang dibarisi pemain import berkualiti setiap musim ditambah pula dengan barisan pemain tempatan yang boleh dikatakan di antara yang terbaik di Malaysia.

Mesti Baca: Jadual Liga Super Dan Liga Perdana Malaysia 2019

Semua sedia maklum pemain tempatan JDT memiliki nama dalam arena bola sepak tempatan, jika dibentuk pasukan kedua daripada pemain simpanan pun, JDT tetap tampak handal dan boleh menggugat pasukan lain.

Apapun, kunci utama kejayaan JDT bukanlah bergantung kepada pemain ternama semata-mata tetapi mereka konsisten mencatat kemenangan dan mengurangkan jumlah kekalahan. Itu menyebabkan pasukan lain sukar menggugat kedudukan mereka dalam liga.

Perlawanan Tumpuan MSL 2019. Pahang Yakin Tumpaskan JDT.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh melaungkan keyakinan pasukannya mampu memberikan kekalahan pertama JDT musim ini.

Dengan perbezaan dua mata, jika menang, Pahang akan merampas tangga teratas liga dan jika konsisten mencatat kemenangan, Pahang akan menamatkan dominasi JDT sebagai juara Liga Super Malaysia lima tahun berturut-turut.

Itu sekadar andaian. Perjalanan liga masih jauh. Jika JDT dan Pahang mengambil mudah, jangan terkejut pasukan lain akan mengejar dan memusnahkan mimpi indah mereka.

Kunci kejayaan adalah KONSISTEN mencatat kemenangan, elakkan kekalahan, dapatkan jaringan yang banyak dan kurangkan bolos kerana perbezaan jaringan akan menentukan pasukan yang layak di tangga teratas jika jumlah mata sama.

Apapun, fokus kepada liga dahulu. Ketika ini, peminat bola sepak tempatan ternanti-nanti perlawanan tumpuan MSL 2019 di antara Pahang dan JDT yang akan berlangsung pada 28 April (Ahad) yang boleh ditonton melalui iflix dan siaran langsung Pahang JDT juga ada di TV9 jam 9 malam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!