Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini Online Dibuka
Permohonan BR1M 2018 dan kemaskini online telah dibuka mulai 27 November 2017 sehingga 28 Disember 2017. Bagi yang telah menerima BR1M sebelum ini, sila kemaskini atau buat semakan jika terdapat sebarang perubahan dalam penyata pendapatan, alamat, akaun bank dan sebagainya.
Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018 boleh dibuat mulai sekarang sama ada secara ONLINE atau MANUAL di mana-mana pejabat LHDN M terdekat.
Syarat Dan Kelayakan Permohonan BR1M 2018
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Cara Membuat Permohonan BR1M 2018
Permohonan, semakan dan kemaskini BR1M 2018 boleh dibuat melalui dua cara iaitu:
- Online (Sila ke Laman Web rasmi BR1M (https://ebr1m.hasil.gov.my/)
- Manual (Kunjungi pejabat LHDNM terdekat)
Mesti Baca: Wang Tak Dituntut: Pernah Buka Banyak Akaun Bank Wajib Baca
Keputusan Permohonan BR1M 2018
Bagi yang telah membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat BR1M terdahulu akan mengetahui keputusan permohon BR1M 2018 melalui cara berikut:
- Surat yang akan dipos ke rumah mengikut alamat dalam permohonan
- Semakan keputusan BR1m 2018 online (https://ebr1m.hasil.gov.my)
- Email yang didaftarkan dalam permohonan BR1M
- Aplikasi Mobile BR1M (muat turun di Play Store untuk android dan App Store untuk iOS)
Download Borang Permohonan BR1M
Download Manual Permohonan, Semakan Dan Kemaskini BR1M 2018
Talian Khidmat Pelanggan BR1M: 1-800-88-2716
Apa Yang Anda Perlu Tahu BR1M 2018?
- Semua maklumat yang dilaporkan dalam permohonan BR1M menjadi hak milik Kerajaan dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.
- Tarikh akhir penunaian Baucar BR1M 2017 telah dilanjutkan sehingga 28 Disember 2017.
- Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.
Bagi yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk mendapat BR1M sila buat permohonan BR1M 2018 dan kemaskini secara ONLINE atau MANUAL mulai sekarang kerana tarikh akhir adalah pada 28 Disember 2017.