Persediaan Sebelum Ramadhan, Jom Semak.
Kedatangan bulan Ramadhan sangat dinantikan umat islam seluruh dunia kerana dalam bulan ini mengandungi banyak keistimewaan dan keberkatan berbanding bulan-bulan lain. Sebelum tibanya bulan yang mulia ini, apa persediaan sebelum Ramadhan yang boleh dilakukan?
Persediaan Sebelum Ramadhan.
Berikut disenaraikan 10 tip persediaan sebelum Ramadhan yang boleh dilakukan.
1. Berdoa
Banyakkan berdoa supaya dapat ditemukan dengan bulan Ramadhan dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
2. Ilmu
Tingkatkan ilmu mengenai ibadah Puasa seperti hukum-hakam dan fadhilatnya. Jika ada kemusyikilan rujuklah Ustaz.
3. Amalan Sunat
Ambil tahu amalan-amalan sunat yang amat digalakkan di bulan Ramadan seperti membaca al-quran, Qiamulail, Qailulah, menghadiri majlis ilmu, bertahajud, berzikir, beriktikaf, bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan.
Mesti Baca: Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Mesti Baca: Makanan Dan Minuman Popular Bazar Ramadhan
4. Zakat
Buatlah perancangan untuk membayar zakat di awal Ramadhan.
5. Persiapan Harta
Perancangan awal perlu dilakukan untuk membelanjakan harta bagi menggandakan infaq di bulan Ramadhan.
6. Persiapan Menyambut Aidilfitri
Persiapan Aidilfitri sepatutnya dilakukan sebelum Ramadhan supaya kita dapat fokus untuk beribadah di bulan Ramadhan. Jadikanlah 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini lebih bermakna dengan sibuk beribadah dan bukannya sibuk membeli belah. Lakukan persiapan rumah lebih awal.
7. Eratkan Hubungan Silatulrahim.
Perkukuhkan hubungan silatulrahim dan bermaaf-maafanlah dengan kedua ibu bapa, suami/isteri, adik-beradik, sahabat handai dan mereka yang dimusuhi.
8. Fokus Ramadhan
Persiapkan diri dengan menjadikan Ramadhan kali ini sebagai fokus kita untuk meningkatkan amalan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan berterusan sehingga diluar bulan Ramadhan.
9. Kesihatan
Menjaga kesihatan fizikal dan mental untuk menghadapi Ramadhan. Rawatan kesihatan dilakukan sebelum Ramadhan.
10. Taubat
Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru dan bertekad untuk meninggalkan dosa dan maksiat. Bertaubatlah dari segala dosa dan kesalahan. Bersihkan hati.
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa” (Surah Al -Baqarah:183)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan penuh keimanan dan “ihtisab” , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu, dan barangsiapa menghidupkan malam al Qadr (Lailatul Qadar) dalam keadaan penuh keimanan dan “ihtisab” , maka akan diampunkan baginya dosanya yang terdahulu.” (Abu Dawud: 1372)
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Barangsiapa berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).
Semoga dengan senarai semak persediaan sebelum Ramadhan ini, kita dikurniakan ganjaran yang besar di dalam bulan Ramadhan nanti.
Mari kita jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dan bermakna dari yang telah kita lalui sebelumnya!