Peta Malaysia Mungkin Disemak Semula
Kali terakhir negara menyemak peta Malaysia kira-kira 38 tahun dahulu. Mungkin sekarang dah banyak perubahan, ada tempat timbul ada tempat tenggelam.
Ada tempat yang telah diambil alih oleh negara lain sebagai contoh Pulau Batu Putih. Memang baik sangat cadangan untuk semak semual peta Malaysia sebab rugi jika ada tempat yang sepatutnya menjadi milik kita jatuh ke tangan orang lain kerana kelalaian kita sendiri.
Peta Malaysia Mungkin Disemak Semula
Peta Malaysia mungkin perlu disemak semula berikutan penemuan baru tentang wilayah perairan negara ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beberapa perkara mungkin perlu di bawa kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan lampu hijau daripada badan dunia itu untuk dimasukkan ke dalam peta negara ini.
Mesti Baca: Kanser Payudara: Lelaki Lebih Ramai Maut Berbanding Wanita
“Kerajaan akan pertahankan apa yang menjadi milik negara di badan dunia itu jika perlu berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di Jabatan Ukur dan Pemetaan di Kuala Lumpur hari ini.
Mesti Baca: Syarat Memiliki Senjata Api Di Malaysia
Beliau memberi contoh tentang dokumen dan peta yang dijangka dikemukakan kepada PBB tahun depan berkaitan pelantar benua di perairan Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, dalam ucapannya, Wan Junaidi berkata kali terakhir Malaysia mengemas kini petanya ialah 38 tahun lepas.
Kata beliau, tindakan itu merupakan episod penting dalam sejarah Malaysia apabila negara ini menuntut kawasan seluas 556,285km persegi sebagai wilayah perairannya. – Sumber
Mana yang baik kita sokong.
Mana yang boleh pertahankan kita lawan.
Memang baik sangat semak peta Malaysia sebab dah 38 tahun tak semak nanti ada yang terlepas lagi.