Piala Dunia: Dari 32 Kepada 48 Pasukan Bertanding
Rasanya semua dah tahu Keputusan Anugerah Puskas 2016 yang membawa kepada kemenangan Faiz Subri selepas jaringan “ajaib” beliau terpilih sebagai jaringan gol tercantik 2016. Kita berasa amat berbangga dengan jaringan seperti itu yang entah bila akan dilakukan lagi oleh pemain bola sepak Malaysia. Sekarang kita tinggalkan sejarah manis itu. Khabarnya ada berita terkini tentang Piala Dunia edisi akan datang.
Piala Dunia: Dari 32 Kepada 48 Pasukan Bertanding
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bersetuju dengan cadangan menambah jumlah pasukan yang akan bertanding dalam kepada 48 pasukan.
Keputusan dipersetujui oleh sebulat suara oleh FIFA dan ianya akan mula dilaksanakan pada edisi Piala Dunia 2026.
Keputusan menambah jumlah pasukan bertanding tersebut diumumkan oleh FIFA melalui akaun Twitternya dan sebelum ini, hanya 32 pasukan dibenarkan bertanding sejak format berkenaan dimulakan pada 1998.
Penambahan jumlah pasukan bermakna jumlah perlawanan meningkat daripada 64 perlawanan kepada 80 perlawanan. Ia menjamin setiap pasukan akan bermain sekurang-kurangnya dua perlawanan. Ketika ini, kejohanan bola sepak terbesar dunia itu melibatkan 8 kumpulan yang mengandungi empat pasukan.
Format baharu berkenaan juga bermakna negara-negara yang hampir ‘lulus’ untuk menyertai Piala Dunia kini mempunyai harapan cerah untuk beraksi dalam acara berprestij tersebut – Sumber Sinar Harian
Jika perubahan format piala dunia 2026 menjadi kenyataan, ianya pasti menjadi suatu perkara yang menarik untuk dilihat. Sama ada kesan tersebut baik atau buruk kepada FIFA, tuan rumah dan negara bertanding.
Kesan baiknya, banyak pasukan yang mencapai standard untuk memasuki pentas piala dunia tetapi selalu tercicir akibat kekurangan tempat akan berpeluang bermain dalam kejohanan tersebut nanti.
Mungkin akan ada wakil dari Asia Tenggara siapa tahu betuk tak? Admin nampak hanya Thailand dilihat berpeluang cerah menjadi wakil tunggal dan pertama Asia Tenggara bermain dalam piala dunia nanti.
Malaysia? Emmmmm….. mungkin admin dah mati masa tu 🙂