Menu

PKP Dilanjutkan Dua Minggu Lagi Sehingga 28 April 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepatutnya tamat pada 14 April 2020. Melihat kepada senario semasa jangkitan COVID-19, jumlah yang sembuh dan angka kematian, kerajaan memutuskan PKP dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 April 2020 bagi memastikan kita dapat memenangi perang melawan COVID-19.

Ini bermakna kita akan menyambut bulan Ramadan tahun ini dalam suasana yang berbeza daripada tahun-tahun sebelum, tiada bazar Ramadan, tiada solat Tarawih berjemaah, tiada majlis berbuka puasa dengan keluarga dan rakan. Sekadar makluman, kita akan menyambut bulan Ramadan pada 24 April 2020.

PKP Dilanjutkan Dua Minggu Lagi. Apa PRO dan KONTRA?

Secara amnya, mana-mana kerajaan di dunia pun mahu memastikan rakyat mereka mendapat perbelaan sewajarnya sama ada daripada sudut ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Memandangkan kita masih belum menang dan juga belum kalah melawan COVID-19, PKP wajar dilanjutkan bagi melindungi rakyat daripada jangkitan wabak membawa maut ini.

PKP Dilanjutkan Dua MInggu Lagi Sehingga 28 April 2020

Bayangkan jika Ramadan nanti rakyat bebas berkumpul berbuka puasa bersama atau mengerjakan solat tarawih berjemaah, risiko jangkitan COVID-19 akan berterusan, tiada kesudahan kerana wabak ini masih belum dapat dinyahkan dari bumi Malaysia.

Daripada sudut kontra pula, ramai rakyat bawahan terkesan apabila PKP dilanjutkan terutama bagi mereka yang bekerja sendiri dan mendapat pendapatan harian seperti peniaga kecil di tepi jalan, penoreh getah, penjala ikan dan seumpamanya kerana mereka tidak dapat menjalankan pekerjaan rutin yang memberikan mereka sumber pendapatan. Pekerja swasta pula mungkin ada yang dibuang kerja kerana majikan mereka tidak mampu terus menggaji mereka dalam keadaan perniagaan tidak dapat dijalankan.

Mesti Baca: Lockdown, Perintah Berkurung, PKPD. Bagaimana Hidup dalam Situasi Itu?

Apapun alasannya, pro dan kontra PKP dilanjutkan dua minggu lagi, bagi admin sendiri, langkah ini terpaksa diambil untuk masa depan. Kita mungkin agak susah pada masa sekarang, tetapi kita terpakasa berkorban. Bukan kita sahaja yang mengalami masalah wabak ini tetapi seluruh dunia.

Kita masih beruntung kerajaan sangat penyayang dengan menyediakan pelbagai bantuan tunai dan inisiatif (Bantuan Prihatin Nasional) untuk membantu rakyat dan majikan yang terkesan dengan PKP. Negara lain mungkin tiada bantuan seperti ini.

Kita hanya mampu berdoa semoga wabak COVID-19 segera berakhir, tamatkan mimpi buruk ini secepat mungkin, bersatu hati semua, patuhi PKP jika mahu ianya tamat.

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!