PKP Fasa 3 Boleh Tamatkan COVID-19

Tanggal 14 April 2020, rakyat Malaysia akan menempuhi PKP Fasa 3 pula. Tidak dapat dinafikan PKP meragut kebebasan dan menjejaskan pendapatan rakyat yang bekerja dalam sektor swasta atau bekerja sendiri namun kerajaan terpaksa melakukan tindakan ini demi menjaga keselamatan rakyat daripada dijangkiti COVID-19.

Mana yang anda pilih? bekerja dan mendedahkan diri kepada risiko dijangkiti COVID-19 atau kekal di rumah buat masa ini?

Percayalah, apa juga tindakan kerajaan ketika ini adalah untuk kebaikan kita. Bersabar dan banyak berdoa supaya wabak ini segera lenyap dari bumi Malaysia.

PKP Fasa 3 Boleh Tamatkan COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyifatkan PKP Fasa 3 adalah tempoh penting yang berupaya menamatkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

KKM menyuarakan keyakinan itu bersandarkan kepada perkembangan statistik semasa yang menyaksikan kejayaan hingga kes COVID-19 berupaya dikurangkan menerusi PKP fasa pertama dan kedua juga harus diteruskan pada fasa ketiga.

Mesti Baca: Israel Takut 3 Perkara Angkara COVID-19

Mesti Baca: Risau Bil Elektrik Naik Mendadak Semasa PKP?

PKP Fasa 3 Boleh Tamatkan COVID-19

JP Morgan sebelum ini menjangkakan Malaysia bakal berdepan peningkatan kes mendadak sebanyak 6,300 kes esok, tetapi setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia hanya mencatat 4,817 kes – Baca Berita Penuh

Jadi, kejayaan PKP Fasa 3 terletak di bahu rakyat Malaysia. Kita mesti bekerjasama dengan kerajaan menamatkan penularan wabak COVID-19 ini seterusnya dapat kembali kepada kehidupan normal yang dirindui.

Walaupun kita bersedih kerana terpisah dengan keluarga dan rakan, tidak dapat menyambut Ramadan seperti kebiasaan dan Aidilfiri tahun ini juga mungkin berbeza namun kita harus berkorban untuk menamatkan COVID-19 ini.

Ayuh! Rakya Malaysia….

Leave a Reply

error: Content is protected !!