PKP Kedua? Memang Parah…
Bersedia jika dilaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana angka jangkitan COVID-19 menunjukkan trend meningkat yang mendadak? Bayangkan PKP kedua….
PKP memang berkesan untuk melandaikan lengkuk dan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 tetapi impaknya sangat besar kepada pekerja, perniagaan dan sektor ekonomi.
Melihat kepada golongan pekerja, jumlah mereka yang hilang pekerjaan akibat penularan COVID-19 sangat besar iaitu daripada Januari hingga September 2020, sebanyak 79,984 orang kehilangan pekerjaan iaitu jumlah dua kali ganda lebih besar berbanding 2019.

Daripada aspek pemilik perniagaan pula, mereka tidak mampu membayar gaji seperti biasa, memotong gaji pekerja, memberhentikan pekerja malah lebih buruk ramai yang terpaksa menutup perniagaan kerana tidak mampu lagi menanggung kos operasi.
Pasca PKP Perniagaan Kembali Bernafas…
Selepas PKP berakhir dan menju ke arah PKPP, sektor ekonomi sudah mula menunjukkan tanda positif ke arah pemulihan. Banyak perniagaan kembali bernafas dan golongan pekerja dapat mencari sumber pendapatan apabila tempoh moratorium berakhir pada 31 September 2020.
Kadar pengangguran juga sudah berkurangan daripada 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 4.9 peratus Jun lalu dan turun lagi kepada 4.7 peratus pada Julai.
Begitu juga kekosongan pekerjaan di pasaran juga meningkat menyebabkan kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan berkurangan.
Artikel Menarik: Jenis-Jenis Mimpi Dalam Islam, Sebab Bermimpi Dan Tindakan
Mesti Baca: 15,000 Jawatan Tetap Kerajaan Masih Kosong
Sektor perhotelan di antara yang paling terjejas teruk sejak PKP menunjukkan peningkatan daripada 19 peratus pada Mei kepada 39 peratus September lalu.

Admin pun baru pulang bercuti dari Port Dickson, suasana nampak sangat meriah selepas PKP, boleh dikatakan sektor pelancongan dan perhotelan sudah menunjukkan pemulihan positif.
PKP Kedua Kembali? Bersedia Untuk Merana?
Bayangkan jika PKP kedua dilaksanakan semula, sudah tentu proses pemulihan ekonomi yang baik ketika ini akan gagal dan akan menjejaskan lebih ramai orang dan perniagaan.
Kerajaan pun mungkin tidak mampu lagi memberikan bantuan ekonomi seperti PKP pertama dahulu, bank pun hampir pasti tidak akan meneruskan program moratorium.
Apa yang boleh kita harapkan ketika ini, penularan wabak COVID-19 dapat dibendung ke tahap minimum, menghapuskannya hampir mustahil kerana pakar perubatan telah mengatakan kita mesti bersedia untuk hidup dengan virus ini sampai bila-bila.
Selain itu, hentikan drama politik yang tidak berkesudahan, rampasan kuasa dan sebagainya kerana impaknya sangat besar yang mana PRU mungkin terpaksa dibuat angkara nafsu tamak haloba golongan ahli politik. Rakyat terpaksa menanggung “kebodohan” ahli politik yang tamak kuasa ini. Cukuplah! tempoh tamat mandat sedia ada tidak lama lagi, tunggu sahaja.