Menu

Tempoh PKP Lanjut Dua Bulan Lagi?

Tempoh PKP Lanjut Dua Bulan Lagi? seronok? marah? Ini realiti yang bakal kita hadapi andainya Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 31 Mac 2020 ini menemui kegagalan untuk mengekang penularan virus COVID-19.

Jika benar PKP terpaksa dilanjutkan lagi ianya merupakan malapetaka kepada ekonomi negara malah membebankan rakyat terutama kepada pekerja swasta, bekerja sendiri dan pemilik perniagaan.

Mahukah kita menghadapi lagi lanjutan tempoh PKP? tempoh dua minggu pun sudah terasa lama dengan pergerakan yang terbatas dan menyulitkan kehidupan seharian.

Namun, semua terserah kepada kita sekarang! jika kita masih degil dengan tidak mendengar arahan pihak kerajaan untuk kekal berada di rumah, bagaimana rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan?

Bersabarlah untuk hanya dua minggu sahaja jika tidak mahu menanggung tempoh PKP yang lebih lama.

Tempoh PKP Lanjut Dua Bulan Lagi?

Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, tidak menolak kemungkinan itu jika rakyat terus berdegil mengingkari PKP, mengabaikan pelaksanaan penjarakkan sosial serta tidak mengutamakan amalan batuk dan kebersihan yang baik.

“Jika masih ada kelompok rakyat yang berdegil, situasi semasa yang memerlukan kita duduk di dalam rumah, boleh berlanjutan sehingga enam hingga lapan minggu lagi.

“Masalahnya, rakyat kita tiada disiplin seperti warga Korea atau Jepun. Ketika ke hospital semalam, saya lihat masih ada yang bersentuhan dan tidak menutup mulut ketika batuk,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Selain kedegilan rakyat, Sazaly berpandangan, faktor lain mungkin menyumbang kepada kegagalan mengakhiri penularan jangkitan COVID-19, adalah tindakan ribuan orang ramai pulang ke kampung halaman selepas PKP diumumkan.

Mesti Baca: Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

PKP Lanjut Dua Bulan

“Adalah satu kesilapan apabila orang dari kawasan tinggi jangkitan, iaitu Kuala Lumpur dan Selangor, balik ke kampung.

“Kita seolah-olah tidak belajar pada kesilapan sama dilakukan Itali, yang akhirnya menyebabkan wabak coronavirus bertambah kronik di negara itu,” katanya, yang berharap strategi penguatkuasaan lebih agresif.

Sazaly mencadangkan kerajaan mencontohi Korea dan Jepun serta Taiwan, yang bertindak agresif melaksanakan ujian komuniti dengan mengerah jentera perubatan mereka membuat ujian daripada pintu ke pintu.

“Ketika ini, kita masih menunggu orang sakit atau disahkan positif (melalui pengesanan kontak) datang ke hospital. Ibaratnya menunggu sama ada mangsa sakit, pulih atau meninggal dunia.

“Sekarang ‘darurat’ dan sedang berperang, tak boleh guna cara lama. Di Korea dan Jepun, mereka kerah jentera perubatan cari pesakit. Misalnya, Korea buat 20,000 ujian COVID-19 dalam sehari.

“Kita perlu masuk ke kawasan yang dikategorikan tinggi wabak dan uji semua orang dalam kawasan itu. Jika positif, ajar kaedah kuarantin dan terus beri ubat, tidak semestinya mereka perlu ke hospital.

“Ujian komuniti ini bukan saja oleh KKM, malah polis, tentera, pihak universiti dan badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan juga boleh dikerah membantu. Dalam saat perang ini, gunakan apa saja sumber yang ada, tak boleh bergerak sendirian,” katanya yang tidak menolak kemungkinan Malaysia menjadi seperti Itali jika langkah agresif itu tidak dilakukan. Baca Berita Penuh

Rakyat Malaysia! pilihan di tangan anda sekarang. Tamatkan segera PKP atau menangung lagi azab andainya tempoh PKP lanjut dua bulan lagi!

Leave a Reply

error: Content is protected !!