Menu

Ponteng Solat Jumaat? Terengganu Denda RM3000, Penjara 2 tahun

Ini berita menarik. Terengganu akan menjatuhkan hukuman denda RM3000 dan penjara 2 tahun kepada umat islam di negeri ini yang ponteng solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa alasan munasabah.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu memutuskan hukuman ini menerusi Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu, Pindaan 2016 yang dilulus dan dikuatkuasa serta merta selepas dibentangkan hari ini.

Sebelum ini, hukuman ponteng solat Jumaat yang diperuntukkan adalah denda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

ponteng solat jumaat

Pindaan Anakmen Dalam Sidang Dun Terengganu Hari Ini Bukan Ponteng Solat Jumaat Sahaja….

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu, Pindaan 2016

  • Ponteng solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa alasan munasabah
  • Denda RM3,000 dan penjara tidak lebih dua tahun.

Enakmen Seksyen 19

  • Tidak menghormati bulan Ramadan seperti menjual makanan, minuman, rokok atau benda lain untuk dimakan, diminum atau dihisap secara terbuka
  • Denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara lebih dua tahun

Enakmen Seksyen 34

  • Kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam
  • Denda tidak melebihi RM1,000 dan hukuman maksimum penjara  dua tahun
  • Lelaki yang didapati bersekedudukan, berkurung, bercumbuan dalam keadaan yang mendatangkan syak dengan wanita.
  • Denda RM3,000 atau penjara tak lebih dua tahun

Baca Juga: Semak Waktu Solat Secara Online

Menurut kenyataan daripada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata pindaan tiga seksyen dan penambahan seksyen baru sebagai sokongan kerajaan negeri terhadap cadangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355), Pindaan 2016 bagi memartabatkan Mahkamah Syariah di negeri ini.

Ok ini cerita di Terengganu hari ini. Jadi jangan memandai-mandai nak poteng solat Jumaat lebih tiga kali tanpa alasan munasabah.

Selain berdosa duit melayang duduk dalam penjara lagi. Nak tak?

Negeri lain macam mana pula hukumannya?

Leave a Reply

error: Content is protected !!