Populariti Tun M Dan PH Merudum Teruk

Hasil kajian terbaru Merdeka Center mendapati populariti Tun M dan PH merudum teruk sejak memenangi PRU14. Di mana silapnya?

Tidak dinafikan populariti Pakatan Harapan nampak merudum, dengan Kekalahan Hatrik PRK menunjukkan PH seperti tidak menarik lagi di mata rakyat terutama orang Melayu.

Lebih memburukkan keadaan, populariti dan prestasi menteri menjadi buah mulut rakyat. Dengan kenyataan menteri yang adakalanya nampak merepek, bergaduh dengan

Walaupun menteri dan penyokong PH kelihatan tenang dan menafikan populariti mereka merosot tetapi percayalah jauh di lubuk hati bibit kerisauan pasti timbul, mana mahu letak muka kalau PH hanya kerajaan sepenggal?

Populariti Tun M Dan PH Merudum Teruk

Menjelang setahun pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kajian oleh Merdeka Center mendapati hanya 46 peratus rakyat berpuas hati dengan kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Menurut Merdeka Center, kaji selidik setakat Mac itu menunjukkan kemerosotan berbanding kadar 83 peratus pada Mei lalu – sebaik selepas PH mengambil alih pentadbiran – dan 71 peratus pada Ogos lalu iaitu menjelang 100 hari pentadbiran.

Kadar itu bagaimanapun tinggi sedikit berbanding 38 peratus oleh bekas perdana menteri Najib Razak pada April tahun lalu.

Kadar puas hati terhadap pentadbiran PH juga merosot daripada 79 peratus pada 31 Mei 2018 kepada 39 peratus pada 11 Mac lalu.

Baca Berita Penuh

Setuju atau tidak dengan kajian Merdeka Center?

Bagi kerajaan Pakatan Harapan ianya merupakan isyarat untuk mereka kembali bekerja keras meraih sokongan rakyat terutama orang Melayu yang dilihat mula beralih sokongan kepada pakatan pembangkang yag diterajui UMNO-PAS dengan slogan “Penyatuan Ummah”.

Bagi pihak pembangkang pula, kajian populariti Tun M dan PH merudum teruk ini merupakan berita yang baik, mereka perlu bekerja keras menarik sokongan bukan Melayu untuk menyokong mereka.

Walaupun PRU15 lambat lagi, jika PH terus hidup dalam sindrom penafian, tidak mustahil PH Hanya Kerajaan Sepenggal!

Leave a Reply

error: Content is protected !!