Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 2018

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 2018 kembali lagi!

Ini berita yang sangat ditunggu-tunggu graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda (bukan pendidikan) yang mahu bergelar seorang guru!

Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 2018 Universiti Malaya kini dibuka!

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ini adalah program yang ditawarkan kepada mana-mana pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat untuk menjadi guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia termasuk Sekolah Berasrama Penuh.

Program DPLI 2018 ini berbeza daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) — PISMP dikhaskan kepada pelajar lepasan SPM yang ingin menjadi guru manakala DPLI adalah untuk mereka yang sudah memiliki Ijazah.

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 2018 Universiti Malaya

Program DPLI 2018 ini merangkumi 3 semester bagi menggantikan KPLI (2 semester). Walau bagaimana pun banyak program DPLI telah dimansuhkan disebabkan lambakan guru lepasan ijazah sarjana muda pendidikan yang masih belum mendapat tempat mengajar.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang menyertai program DPLI 2018 anjuran Universiti Malaya ini.

Jika anda layak dan berminat untuk menjadi guru, teruskan memohon sekarang!

Antara bidang program yang ditawarkan termasuklah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Sains
  • Pendidikan Pra Sekolah
  • Pendidikan Seni Visual
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Jasmani
  • Pengajian Sosial
  • Pendidikan Muzik

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 2018

Syarat Kelayakan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 2018

Sebelum anda memohon Program DPLI 2018 ini, cuba semak dahulu kelayakan semasa yang telah ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 35 tahun.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  • Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
  • Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
  • Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  • Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
  • Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

Cara Memohon Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 2018

Pemohon yang berkelayakan perlu mendaftarkan akaun di portal https://pgadmission.um.edu.my/ terlebih dahulu.

Seterusnya, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Mode of Programme: COURSEWORK
  • Intake: SEMESTER 1, SESSION 2018/2019 (SEP 2018)
  • Academy / Faculty / Institute / Centre: EDUCATION
  • Programme: PHQ – DIPLOMA IN EDUCATION

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Julai 2018

Yuran Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 2018 adalah sebanyak RM10,000.

Untuk makluman, TIADA pengesahan posting selepas habis program. Ambilan kali ini adalah arahan daripada KPM dan pemohon akan ditemuduga sebelum layak mengikuti program tersebut.

Inilah peluang terbaik untuk menjadi seorang guru.

Jangan lepaskan peluang mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) 2018 Universiti Malaya ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!