Promosi Tambang Murah Air Asia

Promosi tambang murah Air Asia datang lagi menjelang hujung tahun ini dengan menawarkan tiga juta tempat duduk pada harga terendah bersempena promosi terakhir bagi tahun ini.

Promosi tambang murah Air Asia ini bermula 14 November 2016 sehingga 20 November 2016 yang mana pelanggan berpeluang untuk ke pelbagai destinasi seperti Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Siem Reap, Surabaya, Visakhapatnam, Tehran, Mauritius, Delhi, Busan dan Hangzhou dengan tambang termasuk semua dari serendah RM9.54 sehala untuk tempoh perjalanan dari 1 Mei 2017 hingga 6 Februari 2018.

Promosi Tambang Murah Air Asia

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata apa juga destinasi pilihan pelanggan, Air Asia akan menawarkan pengalaman penerbangan terbaik dengan memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih cara perjalanan yang paling selesa untuk kepuasan pelanggan.

Penumpang boleh mendapatkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dengan memilih tempat duduk dari harga serendah RM6 serta membuat tempahan awal makanan pada harga RM10 sahaja.

Kepada yang suka melancong menaiki kapal terbang inilah peluang terbaik sempena promosi tambang murah Air Asia bermula 14 November 2016 sehingga 20 November 2016

Baca Juga: Peperiksaan PTD 2016: Contoh Soalan Rujukan Exam PTD

Leave a Reply

error: Content is protected !!