Bagaimana Proses Dan Prosedur Pengampunan Diraja?

Bagaimana Proses Dan Prosedur Pengampunan Diraja? Seperti yang diketahui, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) telah berjaya membentuk kerajaan persekutuan yang baru menggantikan Barisan Nasional dengan melantik bekas perdana menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke-7.

Sejurus menerima mandat membentuk kerajaan baru, Pakatan Harapan tidak menunggu lama untuk memulakan proses mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Sri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.

Mesti Baca: Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2018

Datuk Sri Anwar Ibrahim yang juga bekas timbalan perdana menteri adalah pelopor kepada Pakatan Rakyat sebelum dijenamakan semula sebagai Pakatan Harapan dipenjarakan atas salah laku jenayah liwat yang didakwa oleh beliau sebagai konspirasi kerajaan terdahulu untuk menjatuhkannya sebelum PRU14.

Bagaimana Proses Dan Prosedur Pengampunan Diraja?

Bagaimana Proses Dan Prosedur Pengampunan Diraja?

Sumber Infografik: https://www.bharian.com.my/

Keistimewaan Individu Yang Mendapat Pengampunan Diraja

Untuk pengetahuan, jika seseorang mendapat pengampunan diraja, seseorang itu dianggap TIDAK pernah melakukan kesalahan atau dalam erti kata lain TIADA REKOD.

Ini membolehkan individu terbabit terlibat dalam pilihan raya selain tidak perlu melalui proses bertenang atau melaporkan diri di balai polis berdekatan.

Inilah keistimewaan yang diperolehi seseorang yang telah mendapat pengampunan diraja. Namun begitu, setiap proses dan prosedur pengampunan diraja mestilah dipatuhi dan kuasa terakhir terletak di tangan Yang Dipertuan Agong untuk membuat keputusan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!