Punca Abang Botak Hempuk Cermin Kereta, Sambut Syawal Di Penjara.

Tular video dalam media sosial seorang penunggang motosikal yang digelar Abang Botak menghempuk cermin sebuah kenderaan kerana berang dihon pemandu kereta Perodua Alza milik Siew Chean Voon tetapi tahu tak apa punca Abang Botak bertindak ganas seperti itu?

Segalanya terbongkar hari ini selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan selepas Abang Botak atau nama sebenar Danial Abdullah Tan mengaku bersalah menghempuk cermin kereta mangsa dengan topi keledar.

Punca Abang Botak Hempuk Cermin Kereta, Sambut Syawal Di Penjara.

Ketika ditanya oleh Majistret punca dia bertindak sedemikian, Danial berkata, pemandu kenderaan itu hampir melanggarnya dua kali sehingga memaksanya menghimpit semula kereta tersebut.

“Saya himpit semula sebab nak ajak berbincang, tetapi dia telah tunjuk jari kepada saya.

Mesti Baca: Sah! Brunei Laksana Hukum Hudud

punca abang botak

“Itu yang menyebabkan saya bertindak sebegitu. Saya minta maaf,” katanya dalam keadaan sebak.

Berita Penuh

Selepas melihat fakta kejadian, terasa timbul pula simpati kerana beliau bukanlah jahat seperti yang disangka dan tiada rekod jenayah pun.

Tindakan spontan yang tidak dijangka menjadi punca Abang Botak bertindak ganas seperti itu tetapi salah tetap salah, semoga ianya menjadi pengajaran kepada Abang Botak dan semua.

Terpaksa Abang Botak menyambut Syawal di penjara meninggalkan anak isteri.

Leave a Reply

error: Content is protected !!