Malas Bangun Punca Cepat Mati

Duduk sahaja sepanjang hari boleh meningkatkan risiko dan punca cepat mati. Ini bukan main-main kerana kajian di Britain mendapati 70 ribu rakyatnya mati kerana malas bergerak.

Pekerja yang bekerja dalam suasana pejabat penghawa dingin paling ramai dikesan mempunyai sikap malas bergerak. Mereka banyak menghabiskan masa duduk di hadapan komputer sepanjang hari dan ini telah memendekkan jangka hayat tanpa disedari.

Begitu juga hari cuti hujung minggu, majoriti akan duduk sahaja duduk di rumah menonton televisyen atau tidur sepanjang hari tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Malas Bangun Punca Cepat Mati

Satu kajian mendakwa kira-kira 70,000 kematian direkodkan di Britain pada setiap tahun berpunca daripada sikap malas bergerak termasuk duduk terlalu lama di tempat kerja atau menonton televisyen pada hujung minggu.

Mesti Baca: Pekerja Jepun Cepat Mati Kerja Berlebihan

Penyelidik daripada Universiti Queen’s Belfast dan Universiti Ulster mendakwa tabiat itu meningkatkan risiko penyakit berbahaya serta memendekkan jangka hayat dan menyebabkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menanggung kos £700 juta (RM3.7 bilion) setahun.

“Bahaya kerana tidak bergerak meningkatkan risiko obesiti, menjejaskan hormon badan, metabolisme dan juga fungsi otak,” menurut laporan dalam Journal of Epidemiology & Community Health baru-baru ini.

Selain obesiti, gaya hidup tidak aktif itu turut berkait rapat dengan kencing manis, beberapa jenis kanser, menjejaskan memori dan mood, malah menyumbang kepada jangka hayat pendek dalam semua jenis punca cepat mati.

Kajian itu turut merumuskan individu yang kerap ke gimnasium tidak terkecuali jika mereka menghabiskan baki hari dengan duduk atau malas bergerak.

“Duduk terlalu lama mempunyai impak negatif terhadap kesihatan badan dan ada yang menyamakannya dengan merokok. Saya rasa perumpamaan itu sesuai dan tidak melampau,” kata pakar kesihatan dan penuaan otot Universiti Birmingham, Dr. Carolyn Grieg. – Agensi

Sumber

Mulai hari ini, kurangkan duduk sahaja depan komputer. Semasa bekerja cuba bangun sesekali regangkan kaki tangan atau berjalan seketika.

Begitu juga semasa di rumah. Jangan asyik hendak tidur sahaja. Ingat! kurang bergerak menjadi punca cepat mati.

Leave a Reply

error: Content is protected !!