Menu

CGPA Rendah, Ijazah Tak Iktiraf Antara Punca Gagal Dapat Kerja

Zaman sekarang nak dapat segulung ijazah sangat mudah cuma ada duit atau tidak itu sahaja. Belajar di mana anda tentukan sendiri dan paling menarik… nak beli ijazah pun boleh, tak payah belajar janji ada duit. Kalau memang tak ada duit boleh pinjam PTPTN, MARA dan sebagainya. Janji niat nak dapat ijazah tercapai. Habis belajar dapat ijazah ke mana destinasi seterusnya? Anda tahu tak berapa ribu graduan masih menganggur dan mereka tak sedar punca gagal dapat kerja?

Ijazah Dah Ada, Kerja Belum Nampak Bayang Lagi….

Mesti anda nak mohon kerja yang sesuai dengan tahap pendidikan betul tak? Malangnya, ramai yang gagal dapat kerja idaman walaupun ada ijazah. Mengapa jadi begitu?

Di antara sebab ramai graduan menganggur seperti kelulusan yang dimiliki tidak sesuai dengan keperluan semasa dunia pekerjaan. Sebagai contoh lambakan graduan Ijazah Kejuruteraan Awam universiti awam atau swasta. Berapa ribu graduan dalam bidang ini setiap tahun belum dicampur yang dah lama habis belajar. Bayangkan betapa kuatnya saingan anda?

Mesti Baca: Cabaran Mendapat Kerjaya Idaman, Ijazah Saja Tak Cukup!

punca gagal dapat kerja

Memang bukan senang nak dapat kerja terutama kerja kerajaan. Permohonan di SPA mencecah jutaan permohonan. Bayangkan untuk satu jawatan kosong permohonan mencecah puluhan ribu. Setelah ditapis, bilangan dipanggil temuduga mungkin dalam ratusan. Satu jawatan perlu direbut oleh ratusan orang. Memang sah ianya punca gagal dapat kerja kerajaan betul tak?

CGPA Bawah 3.0 Memang Sakit Memohon Di SPA

CGPA juga memainkan peranan dalam permohonan kerja kerajaan di SPA. Admin pernah berbual dengan pihak SPA sendiri yang mana ambilan untuk kerja kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya CGPA 3.25 untuk melepasi tapisan awal jika bilangan permohonan untuk satu-satu jawatan terlalu ramai.

Jika permohonan tidak ramai untuk jawatan tersebut CGPA akan dikurangkan kepada 3.0 ke bawah. Dapat tak antara punca gagal dapat kerja?

Mesti Baca: Jobstreet: Mohon Gaji RM6,500 Antara Sebab Graduan Menganggur

punca gagal dapat kerja

Macam mana nak dapat panggilan peperiksaan online atau temuduga di SPA kalau CGPA bawah 3.0? Mungkin ada tetapi harapannya sangat tipis……

Sebab itu ada yang tidak pernah mendapat panggilan untuk menduduki peperiksaan online atau temuduga melalui SPA.. Sedih bukan?

Ijazah Tak Iktiraf Juga Punca Gagal Dapat Kerja

Ini lagi satu hal. Ijazah tak diiktiraf! Belajar nak dapat ijazah pun anda kena tengok tempat juga. Kalau universiti awam mungkin tidak terkesan sangat dengan isu ini tetapi kalau belajar di universiti swasta atau kolej swasta anda memang kena semak kelayakan ijazah anda!

Jangan main-main soal pengiktirafan kelayakan ini..

Belajar bertahun-tahun, duit dah banyak habis tetapi ijazah tak iktiraf kerajaan atau pihak SPA. Memang sah tak ada harapan masuk kerja kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan.

Pernah semak ijazah anda diikitiraf kerajaan tak? Kalau tak pernah boleh semak kelayakan ijazah online di:

eSisraf – Sistem Pengiktirafan Kelayakan Kementerian Pendidikan Tinggi <<

Dah semak kelayakan atau ijazah anda iktiraf tak? Kalau tiada dalam senarai memang itulah punca anda masih gagal dapat panggilan temuduga daripada SPA atau mana-mana agensi kerajaan.

Itu saja perkongsian admin soal punca gagal dapat kerja, harap membantu semua yang masih mencari kerja atau nak cari kerja lebih baik daripada sekarang.

Jangan berhenti mencari yang terbaik dalam kehidupan. Teruskan berusaha ok 🙂

Mesti Baca: Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

Leave a Reply

error: Content is protected !!