Meter Minyak Alza Pening? Sekejap Naik Sekejap Turun?

Admin terpanggil untuk menulis berkenaan meter minyak Alza pening kerana baru sahaja mengalami situasi ini, sebagai pengguna Perodua Alza admin rasa patut dikongsikan kepada semua pembaca, semoga mendapat manfaat.

Adakah ketika ini meter minyak kereta Alza anda sedang menunjukkan reaksi yang pelik atau dengan kata lain, anda dah buntu melihat meter minyak yang naik dan turun tanpa sebab sedangkan isi minyak penuh?

Pelik betul tak? minyak penuh tetapi “range” pada meter minyak tak stabil, sekejap naik dan sekejap turun, apa masalah dia?

Apa Punca Meter Minyak Alza Pening? Naik Turun Tanpa Sebab?

Admin baru sahaja terkena, memang hairan sungguh, tak terfikir yang meter minyak akan rosak, jadi apa sebabnya?

Tanya rakan pomen kata mereka ini kes BATERI sudah “kong” atau weak! mula-mula memang susah nak percaya sebab rasa baru sahaja tukar bateri, mana mungkin dah “kong”?

Mesti Baca: Gear Auto Susah Masuk? Apa Sebab?

Bateri Lemah Punca Meter Minyak Alza Pening?

Mesti Baca: Kereta Tak Boleh Start? Jangan Gelabah, Cari Punca…

Tiba-tiba pada suatu pagi, memang kereta tak boleh nak start, bateri lemah, langsung tak boleh start kereta. Aduhai…… bateri lemah pula. Duit lagi!

Suka atau tak terpaksa tukar bateri baru dan hasilnya…… meter minyak kembali pulih seperti biasa, tiada pening lagi. Tidak turun naik seperti sebelumnya. Sah! memang bateri lemah punca meter minyak Alza pening!

Pengalaman terjadi situasi ini sebenarnya menambah lagi ilmu dalam bidang permotoran, apabila terjadi lagi kita dah tahu apa nak buat, tak perlu mencari pomen lagi.

Jadi, kepada anda yang menggunakan Perodua Alza, inilah yang anda patut tahu apa nak buat apabila meter minyak tak stabil.

Ketahuilah, apabila meter minyak Alza turun naik tanpa sebab ianya berpunca daripada bateri lemah atau “kong”.

Leave a Reply

error: Content is protected !!