Punca Sembelit Akibat Tekanan Hidup
Tekanan hidup menjadi punca sembelit. Bunyi macam tak logik betul tak? Tapi kajian perubatan menunjukkan tekanan hidup boleh menyumbang kepada masalah sembelit. Ramai yang mengalami masalah sembelit tapi mereka tak sedar punca sembelit boleh datang daripada tekakan hidup. Fakta, satu daripada lima individu di Malaysia mengalami masalah sembelit.
Sembelit adalah masalah kesukaran untuk membuang air besar dan najis terkumpul ialah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat.
Bahan toksin ini akan diserap oleh mukus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika datang haid. Justeru, cara paling berkesan untuk mengatasi masalah tersebut adalah menghapuskan sembelit dan menyahkan najis yang terkumpul di dalam usus.
Tekanan Hidup Punca Sembelit
Di antara faktor-faktor penyumbang sembelit iaitu hidup dalam tekanan, pemakanan yang tidak teratur dan bercuti atau mengembara.
Menurut Ketua Perubatan Boehringer Ingelheim Malaysia, Dr. Mogana Sivalingam, tekanan hidup serta jadual harian yang sibuk adalah antara faktor yang menyumbang kepada masalah sembelit.
“Masalah tekanan akan mempengaruhi tubuh badan dalam pelbagai cara. Jenis tubuh badan yang tertentu akan bertindak kepada tekanan dengan mengurangkan pergerakan semula jadi usus (peristalsis). Walaupun ini merupakan tindak balas semula jadi, namun terdapat sesetengah individu cenderung mengabaikan keinginan membuang air besar terutamanya apabila menguruskan aktiviti harian yang sibuk. Mengabaikan keinginan membuang air besar akan menambah kepada masalah sembelit,” katanya pada majlis pelancaran produk laksatif, Dulcolax® yang memberikan kelegaan sembelit semalaman.
Dr. Mogana turut menasihatkan remaja yang sibuk bekerja mengamalkan pemakanan sihat melalui pengambilan sayur-sayuran, fiber dan buah-buahan bagi membantu penghadaman semasa membuang air besar.
Tekanan hidup boleh menjadi punca sembelit kerana gaya hidup yang tertekan, tabiat pemakanan yang tidak mengikut jadual, atau bercuti dan mengembara adalah antara faktor yang mempengaruhi masalah sembelit. Sumber