Putuskan Hubungan Dengan Korea Utara Antara Pilihan Terakhir Malaysia

Putuskan Hubungan Dengan Korea Utara Antara Pilihan Terakhir Malaysia. Menurut seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia ketika ini kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengusir duta Korea Utara ke negara ini atau menutup kedutaannya di Pyongyang susulan ketegangan semakin meningkat berhubung pembunuhan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-un.

Kim Jong-nam, 46, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) pada 13 Februari lalu ketika sedang menunggu penerbangan ke Macau di mana beliau tinggal bersama keluarganya di bawah perlindungan Beijing.Kim Jong-nam

Mesti Baca: Waspada Panggilan Palsu Kata Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM)

Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, berkata minggu lalu negaranya “tidak boleh mempercayai” cara Malaysia menguruskan siasatan itu serta menuduh Malaysia “bersekongkol dengan kuasa luar”, rujukan kepada musuhnya, Korea Selatan.

Putuskan Hubungan Dengan Korea Utara

Duta Korea Utara Ke Malaysia, Kang Chol

Seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang tahu mengenai isu itu berkata, ulasan Kang Chol menaikkan kemarahan Malaysia dan ia menyediakan tindak balas termasuk mengisytiharkan duta terbabit sebagai ‘persona non grata.’

Putuskan Hubungan Dengan Korea Utara Antara Pilihan Terakhir Malaysia

Tindakan itu mungkin tindak balas paling keras Malaysia terhadap seorang diplomat asing dan bermakna Kang Chol terpaksa meninggalkan negara ini.

Sumber itu juga berkata, Malaysia sedang mempertimbangkan pilihan lain. Malaysia di antara sebilangan kecil negara yang mengekalkan hubungan persahabatan dengan Pyongyang yang tersisih, mungkin menutup kedutaannya di Pyongyang atau menamatkan lawatan tanpa visa rakyat negara itu ke Malaysia – Sumber

Korea Utara diketahui di antara negara kuasa nuklear dunia dan mempunyai kekuatan ketenteraan.

Namun, Malaysia tidak boleh tunduk kepada tuntutan Korea Utara yang seperti mempertikaikan kedaulatan undang-undang negara kita.

Jika jalan terakhir putuskan hubungan dengan Korea Utara teruskan saja.

Lawan tetap lawan!

Leave a Reply

error: Content is protected !!