Rafizi: Penyokong UMNO, PAS Maki “Egg Boy” Kalau Duduk Malaysia

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata dalam Facebook beliau, penyokong UMNO dan PAS akan maki “egg boy” kalau duduk di Malaysia.

Siapa “egg boy”?

Gelaran “egg boy” popular dalam media sosial dan menjadi bualan dunia kerana tindakan berani seorang budak bernama Will Connoly menempekkan telur ke kepala Senator Australia, Fraser Anning yang mencetuskan kemarahan umat Islam dunia dengan kenyataan menyalahkan orang Islam berhubung isu tembakan pengganas Australia dalam masjid di Christchurch, New Zealand baru-baru ini.

Ketika satu dunia menyanjung dan mengangkat remaja “egg boy” sebagai wira kerana keberaniannya, mengapa Rafizi Ramli berkata penyokong UMNO dan PAS akan memaki “egg boy” jika duduk di Malaysia?

Mesti Baca: Pakatan Harapan Kerajaan Sepenggal?

Terasa agak pelik kenyataan Rafizi Ramli yang diketahui seorang pengeluar bermacam jenis formula pengiraan minyak dan sebagainya yang tampak hebat tetapi satu pun tidak boleh dipakai sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Rafizi: Penyokong UMNO, PAS Maki”Egg Boy” Kalau Duduk Malaysia

Rafizi mendakwa bagi penyokong pembangkang sesiapa sahaja yang bangun berhadapan dengan fahaman perkauman akan dianggap pengkhianat bangsa. Kata Rafizi;

“Kalau budak ini duduk Malaysia, dia akan dimaki secara berjemaah oleh penyokong UMNO dan PAS. Di luar negara, budak berani yang bangun berdepan dengan seorang pemuka perkauman – kepada penyokong pembangkang PAS UMNO, budak ini wira.

Mesti Baca: Melayu Isytihar Perang Terhadap Bukan Melayu?

Bagaimana?

Setuju tak penyokong UMNO PAS?

Nak maki “egg boy” atau Rafizi Ramli?

Kalau dilihat di Facebook Rafizi Ramli, beribu komen menghentam beliau dan rasanya beliau mungkin menjadi di antara ahli politik yang akan menjadi mangsa “egg boy” kalau dia duduk di Malaysia.

Rafizi Ramli menjadi sasaran kritikan dan cemuhan penyokong pembangkang dan kerajaan kerana sebelum PRU14 beliau nampak “cerdik” dengan formula-formula matematik tetapi semua formula tersebut masuk bakul sampah sejak PH menjadi kerajaan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!