Rafizi Keluar Gua Umum Formula Baru Kira Harga Minyak?

Selepas hampir setahun menghilangkan diri selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14, Rafizi Ramli akhirnya muncul di pentas ceramah PRK Rantau untuk berkempen. Beliau bukan menghilang terus kerana sesekali ada mengeluarkan kenyataan melalui akaun Facebook rasmi. Namun, setiap kali bersuara dalam media sosial, ribuan kecaman akan menjadi habuan beliau. Mengapa? mungkin sebab itu beliau menyembunyikan diri dan akhirnya Rafizi keluar gua untuk mengumumkan sesuatu.

Apakah yang beliau mahu umumkan selepas hampir setahun tidak muncul di mana-mana pentas ceramah? adakah beliau ingin mengajar rakyat dan membuka kelas formula baru mengira harga minyak seperti sebelum PRU14?

Jika sebelum PRU14, Rafizi sangat rancak mengeluarkan berbagai-bagai formula mengira harga minyak dan macam-macam teori untuk menunjukkan kepada rakyat betapa kejamnya pemerintahan Barisan Nasional, selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14, segala bentuk teori Rafizi masuk ke dalam gua bersama tuannya sekali.

Rafizi Keluar Gua, Umum Formula Baru Kira Harga Minyak?

Kelibat batang tubuh Rafizi Ramli akhirnya muncul di pentas ceramah PRK Rantau bagi membantu kempen calon Pakatan Harapan, Dr S Streram.

Rakyat terutama pengundi di dun Rantau pasti tidak sabar untuk mendengar ceramah beliau, mungkin ada formula baru kira harga minyak akan diajar?

Mesti Baca: Pakatan Harapan Kerajaan Sepenggal?

Tidak! jangan mimpi yang indah-indah lagi. Rafizi Ramli berkata beliau masuk gua bukan kerana malu dengan rakyat kerana tiada satu pun formula harga minyak beliau berjaya dilaksanakan tetapi;

“Saya mahu berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, selain itu saya juga ada masalah kesihatan berkaitan hati.

“Saya bukan sakit hati dengan kerajaan atau pembangkang tetapi saya memang ada sakit hati. Doktor syak hati saya ada keradangan dan ulser pada esofagus.

“Doktor suruh berehat dua tiga tahun tetapi saya nak turun kempen PRK Rantau juga sebab tinggal tiga hari lagi” – Sumber

Sayang sekali. Ingatkan Rafizi keluar gua ada pengumuman formula baru kira harga minyak dan bagaimana menghadapi kos sara hidup.

Kita doakan beliau cepat sembuh dan kembali mengeluarkan formula-formula terkini bagaimana menurunkan harga minyak dan kos sara hidup.

Bukan senang menjadi Rafizi Ramli yang dikecam ribuan rakyat angkara formula masuk gua bersama tuannya. Bertabahlah.

Leave a Reply

error: Content is protected !!