Raja Bomoh Malaysia, Ibrahim Mat Zain Dah Gantung Teropong……
Hari ini tular berita Raja Bomoh Malaysia atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zain sudah bertaubat daripada terus melakukan amalan ritual beliau yang menjadi bahan ketawa masyarakat dunia bermula kehilangan MH370 sehingga memagar Malaysia daripada serangan Korea Utara.
Akhirnya Ibrahim Mat Zain memilih untuk kembali ke pangkal jalan mungkin selepas ditarbiah polis dan pejabat agama secukupnya selepas ditahan baru-baru ini. Baca Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zain Ditahan Polis.
Ibrahim Mat Zain hadir dalam satu sidang media hari ini bersama-sama dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Abdul Aziz Jusoh bagi menjelaskan keadaan sebenar dan menyatakan sudah insaf.
Yang agak memeranjatkan bagi admin sendiri, semua aksi kelakar beliau selama ini hanya lakonan semata-mata dan lebih menarik ianya dilakukan atas arahan orang lain yang dirahsiakan identitinya.
Malah, beliau mengaku berlatih supaya persembahan itu menarik!
Syabas… inspektor sahab!
Berapa ramai yang percaya dan terkencing hidup-hidup dengan Raja Bomoh Malaysia ni?
Mujur admin tak kena kencing 🙂
Yang menarik perhatian admin… siapakah orang yang mengarah Raja Bomoh membuat lawak antarabangsa ni. Dan…. Raja Bomoh pun satu, kata mahaguru silat pengikut jutaan orang tetapi mengapa mudah sangat mengikut telunjuk orang lain sehingga mengaibkan diri sendiri?
Ibrahim Mat Zain: Disuruh goyang, saya goyanglah!
“Goyang itu semua drama. Apa pun tak nampak. Jangan silap kata nampak kapal terbang ke… Saya dilatih suruh buat goyang, saya pun goyanglah,” kata Ibrahim Mat Zain.
Ibrahim Mat Zain berkata yang beliau tidak sedar semua perbuatannya selama ini adalah salah dan mengaibkan umat islam. Bagaimapun, katanya, jika tahu perkara itu salah, sudah tentu beliau tidak akan melakukannya.
“Kalau tahu saya tak buat kerana saya orang sembahyang, orang Islam, semangat Melayu, saya pegang silat sebanyak lima juta orang silat gayung ghaib.
“Saya sebagai pemimpin (silat), didik anak-anak bangsa. Rakyat-rakyat Malaysia pun saya sayang. Takkan saya nak buat kerja bodoh ini,” katanya.
Tak Nak Orang Panggil Raja Bomoh Malaysia Lagi….
Beliau juga mendedahkan gelaran “raja bomoh” itu juga dibubuh oleh pihak yang enggan dinamakannya itu dan beliau enggan memakai gelaran itu lagi.
“Gelaran tak mahu pakai. Gelaran Raja Bomoh pun bukan saya yang bubuh.
“Dia cakap (pada saya), ‘Brahim, you cakap you Raja Bomoh dunia, world. Bila Raja Bomoh world, dunia ini, makanya kuatlah’.
“Saya pun terkejut juga, nak dunia macam mana. Hari ini, tak usahlah panggil saya Raja Bomoh.
Ok…. tutup buku pasal Raja Bomoh Malaysia ni..
Beliau pun sudah tua dan tak payah panjang cerita lagi.
Dia dah bertaubat..
Kita bila lagi?
Tapi…..
Admin tetap tak puas hati sebabnya siapa yang mengarahkan Ibrahim Mat Zain buat kerja bodoh ni semua?