Menu

Rakyat Malaysia Di Korea Utara Selamat Kembali

Semuanya telah berakhir! Rakyat Malaysia di Korea Utara selamat kembali dan dalam perjalanan pulang ke tanah air.  Perdana Menteri mengumumkan berita gemira ini menerusi akaun Twitter beliau malam ini.

Selepas beberapa babak yang mengeruhkan hubungan dipomatik Malaysia-Korea Utara sehingga membawa kepada penahanan sembilan rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan keluar daripada Korea Utara sejak kes pembunuhan seorang rakyat Korea Utara di Malaysia, Kim Jong-nam.

Rakyat Malaysia Di Korea Utara Selamat Kembali

Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur kerana pesawat khas yang membawa pulang sembilan rakyat Malaysia telah keluar dari ruang udara Korea Utara.

Perdana Menteri memaklumkan perkara tersebut telah menerusi akaun Twitter beliau malam ini.

Rakyat Malaysia Di Korea Utara Selamat Kembali

“Alhamdulillah, pesawat khas membawa pulang 9 rakyat Malaysia telah keluar ruang udara Korea Utara. Krisis diplomatik sudah berakhir,” katanya.

Mesti Baca: Akhirnya… Gadis Rempuh 8 Remaja Di Johor Didakwa

Kesemua sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara telah bertolak dari Pyongyang pada pukul 6.30 petang ini dan dijangka tiba di negara ini pada pukul 4 pagi esok – Sumber

Harap semuanya telah benar-benar berakhir selepas rakyat Malaysia di Korea Utara selamat kembali.

Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara memang sukar untuk pulih seperti dahulu.

Apapun, yang penting rakyat kita selamat dan pada pendapat admin, kalau selepas ini Korea Utara tak mahu kawan dengan kita lagi biarlah, bukan ada kepetingan sangat pun 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!