Hatrik Tewas PRK, Rakyat Muak Dengan PH, Tiada Roh Melayu?

Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14 tanpa disangka dan berjaya menumpaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa sejak merdeka. Ketika PRU14, gelombang perubahan sangat kuat menyaksikan rakyat membuat kejutan dengan menukar kerajaan buat kali pertama. Namun, gelombang perubahan PRU14 yang memihak PH dilihat semakin hambar, seolah-olah gelombang tersebut kembali memihak kepada pembangkang yang diketuai BN dan PAS. Adakah rakyat muak dengan PH?

Apakah sebab kerajaan PH seperti ditolak rakyat? Ke mana perginya sokongan kuat yang diperoleh semasa PRU14 dahulu? Tiga kali berturut-turut tewas dalam PRK bukan perkara yang boleh dipandang mudah oleh kerajaan. Sindrom penafian dan syok sendiri akan memakan diri mereka, itu kenyataan yang harus ditelan.

Hatrik Tewas PRK, Rakyat Muak Dengan PH, Tiada Roh Melayu?

Kerajaan Pakatan Harapan yang diberi amanah memimpin negara buat kali pertama mungkin masih dalam mood terkejut kerana tidak sangka memenangi PRU14.

Sebab itu, sikap pemimpin PH masih mempunyai mentaliti pembangkang dengan menyerang keperibadian pembangkang. Salah satu punca rakyat muak dengan PH apabila mereka tidak habis-habis menggunakan modal menyalahkan kerajaan terdahulu dalam setiap keputusan mereka. Terkini, dalam isu hibah Tabung Haji yang sangat rendah, PH masih menyalahkan kerajaan terdahulu.

Mesti Baca: Tak Boleh Pergi Haji Kali Kedua, Orang Lain Pun Nak Masuk Syurga

Tinggal sebulan lagi PH akan genap setahun menjadi kerajaan tetapi masih tidak membuang mentaliti pembangkang. Maaf cakap, pembangkang yang diketuai UMNO dan PAS kini dilihat lebih matang, sebab itu rakyat yang menyokong PH dalam PRU14 dahulu dilihat berpaling tadah.

Bukti terbaru adalah kekalahan PRK Rantau yang menjadi kekalahan kali ketiga berturut-turut, ianya sudah cukup mejadi isyarat rakyat sudah berpaling sokongan. Kemenangan Tok Mat dan BN yang diserang secara peribadi tidak menjadi kudis untuk BN meraih sokongan rakyat.

Anwar: Kekalahan Di Rantau Peringatan Buat Pemimpin PH

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicanangkan sebagai bakal Perdana Menteri seterusnya selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan mungkin sangat terkesan dengan kekalahan di PRK Rantau.

Bayangkan beliau berumah tangga di Rantau sejak hari penamaan calon sehingga hari mengundi, dilihat sangat kuat berkempen, memberi tazkirah di masjid dan menari bersama kaum India tetapi tidak dapat membantu memenangkan calon PH, Dr S Streram.

Tentu sekali Anwar tidak dapat membayangkan impian menjadi Perdana Menteri akan berkubur sekali lagi jika PH ditolak rakyat dalam PRU akan datang. Seperti yang dimainkan rakyat dalam media sosial, Anwar bakal perdana menteri paling lama.

Rakyat Muak Dengan PH

“Kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan PH untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Katanya, keputusan PRK Rantau yang diumumkan malam ini merupakan keputusan daripada rakyat yang harus dihormati.

“PH dan PKR menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada (calon BN) Mohamad Hasan – Sumber

Kerajaan PH Tiada Roh Melayu

Orang Melayu yang memberi sokongan kuat kepada PH dalam PRU14 untuk menumbangkan kerajaan BN dilihat paling kecewa dengan situasi semasa.

Sayangnya, PH seolah-olah terlupa menjaga perasaan orang Melayu sebagai kaum majoriti, mengusik institusi diraja dan isu-isu yang berbangkit soal agama seperti penghinaan nabi yang berleluasa di era kerajaan PH, kos sara hidup yang tidak berubah dan sebagainya yang tidak mampu ditulis di sini menyebabkan rakyat muak dengan PH.

Tiadanya ‘roh Melayu’ dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi sebab mengapa parti itu ditolak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Rakyat Muak Dengan PH

Walaupun PH cuba memenangi hati orang Melayu dengan mendedahkan kepincangan dalam Felda, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), namun parti itu sendiri dilihat gagal menekankan agenda Melayu.

Keadaan bertambah buruk apabila pemimpin Cina dan India PH sendiri nampak lebih ‘garang’ dalam kerajaan, sekali gus membuatkan orang Melayu semakin tidak selesa. Itu pendapat Penganalisis politik, Prof. Dr. Hoo Ke Ping yang bercakap mengenai kekalahan PH dalam PRK Rantau – Sumber

Kesimpulannya, kerajaan PH masih belum tewas sepenuhnya kerana kemenangan hatrik pembangkang dalam PRK tidak mengubah apa-apa tampuk kepimpinan negeri dan persekutuan.

Namun, PH mesti segera bangkit, buat bedah siasat dan kaji apa yang menyebabkan mereka tidak mampu memikat hati rakyat lagi terutama orang Melayu.

Ingat! orang Melayu adalah majoriti. Walaupun kita saling menghormati setiap kaum dalam negara tetapi mengabaikan suara orang Melayu adalah silap besar.

Kerajaan PH tidak boleh membiarkan atau mengambil mudah kekalahan hatrik dalam PRK kerana tidak mustahil ianya akan menjadi barah. Perasaan rakyat muak dengan PH ini mesti ditangani dengan segera jika PH tidak mahu menjadi kerajaaan sepenggal.

Leave a Reply

error: Content is protected !!