Risau Bil Elektrik Naik Mendadak Sebab PKP?

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki fasa kedua bermula 01 April dan berakhir pada 14 April 2020. Sebelum ini kita telah melalui fasa pertama selama dua minggu, ini bermaksud kita akan duduk di rumah selama sebulan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19. Tetapi, apa yang merisaukan kalau duduk di rumah lama sangat? bil elektrik naik betul tak?

Mahu tak risau betul tak? Jika sebelum PKP, rumah jarang ada orang sepanjang hari sebab majoriti suami isteri berkerja. Biasa anggaran sebulan bil elektrik RM100 tiba-tiba naik mendadak jadi RM300 mahu tak melompat tembus dinding?

Risau Bil Elektrik Naik Mendadak Sebab PKP?

Tetapi, JANGAN RISAU! kerajaan suruh duduk rumah duduk sahaja. Jangan fikir soal bil elektrik naik, siap duduk rumah dapat duit bantuan BPN lagi. Memang baik betul kerajaan kita. Itupun masih ramai yang degil merayap keluar rumah dan meningkatkan risiko jangkita COVID-19.

Risau Bil Elektrik Naik Mendadak Sebab PKP?

KUALA LUMPUR: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil kira beban pengguna yang dijangka menanggung bil elektrik lebih tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden Persatuan Kontraktor Tenaga Malaysia (PKTM), Datuk Seri Erwan Tahir, berkata pihaknya menyambut baik inisiatif yang diperkenalkan kerajaan kerana akan berlaku peningkatan penggunaan elektrik sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

Erwan berkata, menerusi pakej itu, kerajaan memperuntukkan RM500 juta bagi pelaksanaan diskaun bil elektrik secara berperingkat selama enam bulan bermula bulan ini.

Mesti Baca: Syarat Dan Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

“Pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri itu sangat tepat pada masa sekarang dengan keadaan ekonomi kurang memberangsangkan berikutan COVID-19 antaranya diskaun bil elektrik secara berperingkat antara 15 hingga 50 peratus.

“Oleh itu, pengguna tidak perlu risau dengan peningkatan bil elektrik mendadak sepanjang tempoh PKP kerana semua pengguna akan menerima manfaat seperti diumumkan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Erwan berkata, seramai 3.3 juta pengguna di seluruh negara akan menerima manfaat menerusi inisiatif terbabit.

“Saya percaya kita akan berjaya menempuh keadaan sukar ini dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Sumber

Sudah jangan risau lagi bil elektrik naik sebab PKP. Kerajaan jamin akan bagi diskaun sepanjang PKP dilaksanakan.

Sekarang hanya duduk rumah dan tunggu bantuan tunai BPN masuk akaun sahaja.

Leave a Reply

error: Content is protected !!